HANIFF: TAKIYUDDIN WAJIB MINTA POLIS BERI KENYATAAN LENGKAP KES ADIB, BUKAN MINTA ORANG RAMAI TUNGGU ‘SAMPAI KIAMAT’

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Isu kematian Allahyarham MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM (Allahyarham ADIB) telah membelenggu fikiran Rakyat untuk sekian lama, sejak tercetusnya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 26.11.2018 sehingga kini.

2. Pada 27.09.2019 MAHKAMAH INKUES yang ditubuhkan untuk membuat penemuan sebab kematian Allahyarham ADIB telah antara lain memberi keputusan seperti yang dipetik BH ONLINE 27.09.2019 bertajuk “Kematian Muhammad Adib akibat perbuatan jenayah – Mahkamah Koroner” bahawa:




“Mahkamah Koroner di sini, hari ini, memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Koroner Rofiah Mohamad ketika membacakan keputusan itu berkata, keterangan saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian, boleh diterima serta ada asas, selain ia disokong saksi ke-30 yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amir Radzi Ab Ghani.

Berikutan itu, beliau menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk melakukan siasatan dan pendakwaan.”

(Link Laporan BH ONLINE 27.09.2019 : https://www.bharian.com.my/…/kematian-muhammad-adib-akibat-…)

3. Pada hari ini, 21.06.2020, hampir SEMBILAN (9) BULAN selepas KEPUTUSAN MAHKAMAH INKUES dan hampir SETAHUN SETENGAH selepas kematian Allahyarham ADIB, Menteri Parlimen dan Undang-undang TAKIYUDDIN HASSAN telah dipetik MALAYSIAKINI bertajuk “Keadilan buat Adib: Tunggu polis tahan pembunuh, kata Takiyuddin” sebagai berkata

“Kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hanya dapat diteruskan selepas pihak polis berjaya mengenal pasti dan menahan pembunuhnya untuk didakwa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata sebelum ini mahkamah koroner mendapati kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Loading...

“Oleh sebab itu pihak polis perlu dan sedang menjalankan siasatan untuk kenal pasti pelaku. Itu yang sudah dilaporkan kepada kabinet.

“Jadi kerajaan atau pihak Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan hasil daripada siasatan pihak polis, kita tunggulah,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di Tunjong, Kota Bharu, hari ini.”

(Laporan lengkap MALAYSIAKINI 21.06.2020 adalah dimuat naik di Ruang Bawah)

4. Selain daripada meminta orangramai mununggu pihak POLIS selesaikan siasatan yang sudah menjangkau hampir SEMBILAN (9) BULAN selepas KEPUTUSAN MAHKAMAH INKUES diumumkan pada 27.09.2019, ianya sememangnya adalah menjadi TANGGUNGJAWAB di pihak TAKIYUDDIN HASSAN untuk ARAHKAN pihak POLIS supaya mereka memberi Kenyataan Rasmi yang lengkap dari masa ke semasa berkaitan PERKEMBANGAN TERKINI SIASATAN yang telah dan sedang dijalankan berhubung kematian Allahyarham ADIB itu, selain daripada cuma meminta orangramai menunggu siasatan POLIS itu selesai.

5. TAKIYUDDIN HASSAN perlu lebih bertanggungjawab dalam memberi kenyataan beliau sebagai Menteri Parlimen & Undang-undang daripada meminta Rakyat menunggu penyelesaian siasatan, sedangkan Rakyat tiada pengetahuan dan sering tertanya-tanya tentang perkembangan siasatan itu, sehingga ianya munculkan PERSOALAN di minda dan fikiran Rakyat, iaitu:

“Adakah perlu menanti siasatan itu selesai, sampai ke KIAMAT?!”

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...