Hanya 29 ribu sahaja ahli bunga?

“Pendedahan panas ini juga bakal merubah pandangan DAP terhadap gerak kerja PPBM dan tidak mustahil pelbagai cara akan digunakan oleh PPBM bagi menambah keahlian mereka”

Yusman Zahari Zakaria

Teka teki mengenai jumlah keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terdedah dengan satu foto yang sedang tular di media sosial. Pendedahan oleh individu dikenali sebagai Tun Carlos amat mengejutkan.

Dengan hanya 29 ribu keahlian yang disahkan dari Ibu Pejabat PPBM, pendedahan ini bakal menjadi satu bahan tawa dalam media sosial kerana selama ini PPBM mendabik dada menyatakan seolah mereka menerima sokongan dari 20 juta rakyat. Jelas sekali strategi mereka yang mahu menambah keahlian parti sebelum PRU 14 (GE14) di lihat sangat terdesak kerana mahu bersaing dengan sekutu lain dalam Pakatan Harapan.

Jika PPBM tidak dapat mencapai tanda aras sebagai sebuah parti yang kuat dalam Pakatan Harapan sudah pasti Penasihat Parti Mahathir Mohammad menerima tamparan paling hebat. Beliau yang masih mahu membawa imej sebagai ‘Negarawan’ kini sudah jauh tersasar dari landasan apabila tidak mampu membuktikan apa juga tuduhan beliau terhadap PM Najib Razak sejak 2015. Lebih malang lagi Mahathir kini berdepan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai penglibatan beliau dalam skandal Forex semasa pentadbirannya sudah cukup membuktikan beliau sudah hilang ‘taring’ dalam politik Malaysia. Sekutu kuat PPBM, DAP pula sekadar mahu meng’Kaldai’kan Mahathir dan PPBM dalam mengatur kedudukan serta pembahagian kerusi dalam Pakatan bagi mengurangkan cengkaman PKR yang kini semakin lemah.

Pendedahan panas ini juga bakal merubah pandangan DAP terhadap gerak kerja PPBM dan tidak mustahil pelbagai cara akan digunakan oleh PPBM bagi menambah keahlian mereka. Mungkinkah ada ‘Durian Runtuh’ bakal menjelma kepada mereka yang mendaftarkan diri sebagai ahli PPBM selepas ini bagi meningkatkan keahlian mereka? Persoalan ini pasti akan berlegar dalam pemikiran ahli yang mendaftar awal dan akan merasakan kerugian mendaftar awal.

Sumber: yusmanzaharizakaria.blogspot.my

Comments

Comments