Haramkan Dong Zong, perluaskan pembelajaran seni Khat, Jawi sebagai matapelajaran penuh

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya dengan ini isytiharkan, bersandar kepada perkara-perkara berkatitan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta semangat yang dibawa oleh undang-undang tertinggi negara, bahawa Gerakan Bangsa Nasional:




1. menyokong dan akan mempertahankan pengharaman Dong Zong dan Jiao Zong serta penahanan pucuk pimpinan perkumpulan pendidik Cina tersebut kerana memijak-mijak maruah, martabat dan kemuliaan agama, bangsa serta kerajaan persekutuan yang bertunjangkan Raja Berperlembagaan.

2. menyokong sebarang usaha memperkenalkan seni Khat dan Jawi sebagai matapelajaran penuh dalam pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah, selaras dengan hakikat bahawa pembelajaran penulisan jawi sebati dengan perkembangan fonetik, nilai, bunyi, pertuturan serta sejarah Bahasa Melayu asli dan akan memudahkan pemahaman Bahasa Melayu dengan cara yang betul.

3. menganggap sebarang bentuk perhimpunan, persidangan ataupun dialog, samada terbuka atau tertutup, berhubung isu pengenalan seni Khat dan jawi oleh mana-mana pihak tanpa melibatkan pihak kerajaan persekutuan dan (atau) mendapatkan kelulusan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu, sebagai haram.

Ini memandangkan anjuran perhimpunan, persidangan ataupun dialog sedemikian melibatkan isu sensitif, yakni status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kebangsaan, dan mampu menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat majmuk, khususnya mereka yang beragama Islam, sehingga tercetusnya huru-hara.

Ini sekaligus menjadikan anjuran perhimpunan, persidangan ataupun dialog sedemikian satu ancaman kepada keselamatan negara, interiti nasional serta aspirasi perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul.

4. menyokong dan akan mempertahankan sebarang bentuk tindakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan, persidangan ataupun dialog, samada terbuka atau tertutup, berhubung isu pengenalan seni Khat dan jawi tanpa melibatkan pihak kerajaan persekutuan dan (atau) mendapatkan kelulusan PDRM terlebih dahulu.

5. akan mempertahankan hak Kementerian Pendidikan serta Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mementukan dasar pendidikan negara dan polisi-polisi berkaitan selaras dengan aspirasi perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan umum tanpa tentangan daripada mana-mana puak yang bersifat cauvinis, rasis, anti-Islam, anti-perpaduan dan (atau) anti-kemakmuran.

Loading...

Wallahu a’lam bish-shawabi



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...