Harga minyak sawit melonjak ke paras tertinggi dalam tiga tahun

Kebanyakan peserta industri berpendapat, minyak yang majoritinya digunakan dalam makanan dan produk penjagaan diri itu, akan terus kukuh pada 2020. Sumber (gambar): Fail TTF

Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak melepasi paras RM3,000 satu tan untuk ditutup pada RM3,003 dalam dagangan hari ini, paras penutup tertinggi baharu dalam tempoh tiga tahun.

Untuk sepanjang tahun ini hingga hari ini, harga komoditi utama negara itu mencatat kenaikan lebih 40 peratus kenaikan apabila dibuka pada RM2,137 satu tan pada 2 Januari 2019, sebelum susut ke paras terendah tahunan iaitu RM1,916 pada 10 Julai 2019 dan terus melantun semula kepada RM3,003 pada penutup semalam

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) berkata, pengeluaran ketika ini kira-kira 20 peratus di Semenanjung Malaysia manakala 10.9 peratus di Sabah dan 7.4 peratus di Sarawak.

Kenaikan harga minyak sawit juga didorong peningkatan harga minyak mentah, sekali gus meningkatkan daya tarikan minyak bio tropika itu.


KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak melepasi paras RM3,000 satu tan untuk ditutup pada RM3,003 dalam dagangan hari ini, paras penutup tertinggi baharu dalam tempoh tiga tahun.

Lonjakan harga itu didorong kebimbangan kekangan bekalan yang menyebabkan pelabur terus membeli lebih banyak komoditi berkenaan menjelang akhir tahun.




Untuk sepanjang tahun ini hingga hari ini, harga komoditi utama negara itu mencatat kenaikan lebih 40 peratus kenaikan apabila dibuka pada RM2,137 satu tan pada 2 Januari 2019, sebelum susut ke paras terendah tahunan iaitu RM1,916 pada 10 Julai 2019 dan terus melantun semula kepada RM3,003 pada penutup semalam.

Dalam dagangan hari ini, harga minyak sawit yang dibuka pada RM2,934 satu tan terus mencatat paras tertinggi harian RM3,008 sebelum ditutup dengan kenaikan 2.74 peratus.

Penganalisis berkata, pelabur kini mulai bimbang setelah terdapat laporan bahawa pengeluaran minyak sawit mentah di negara Asia Tenggara dianggarkan menurun 16.4 peratus pada 1 Disember hingga 20 Disember berbanding bulan sebelumnya.

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) berkata, pengeluaran ketika ini kira-kira 20 peratus di Semenanjung Malaysia manakala 10.9 peratus di Sabah dan 7.4 peratus di Sarawak.

Kenaikan harga minyak sawit juga didorong peningkatan harga minyak mentah, sekali gus meningkatkan daya tarikan minyak bio tropika itu.

Kebanyakan peserta industri berpendapat, minyak yang majoritinya digunakan dalam makanan dan produk penjagaan diri itu, akan terus kukuh pada 2020.

Menurut kajian yang dijalankan Bloomberg kepada 25 penganalisis, peniaga dan eksekutif perladangan, niaga hadapan komoditi itu secara purata diniagakan pada RM2,600 satu tan pada 2020 berbanding purata RM2,240 tahun ini.

Loading...

Sementara itu, Ahli Ekonomi OCBC Bank, Howie Lee, berkata wabak demam babi di China; pelaksanaan biodiesel B30 di Indonesia bermula Januari 2020 dan pengeluaran yang rendah akan terus menyokong harga sawit untuk berada pada paras tinggi.

“Pasaran biasanya memerlukan enam bulan untuk membetulkan ketidakseimbangan bekalan-permintaan dan ini menunjukkan harga dijangka terus meningkat pada suku pertama 2020, sebelum terus mengukuh pada suku kedua 2020 dan seterusnya,” katanya dalam nota kajian.

Dalam pada itu, MIDF dalam nota kajiannya berkata, inventori dijangka mencatatkan penurunan terutamanya didorong oleh pertumbuhan pengeluaran yang sederhana dan mandat biodiesel di Indonesia dan Malaysia.

“Ia berikutan pengeluaran yang lemah, terutamanya dasar pengurangan penanaman semula dan pengembangan ladang kelapa sawit yang terhad,” kata agensi penyelidikan itu.

Ia berkata, permintaan daripada negara pengimport minyak sawit dijangka terus kukuh berikutan kerajaan ketika ini melaksanakan promosi penggunaan minyak sawit secara aktif.

“Justeru, MIDF menaik taraf sektor ini kepada neutral dengan ramalan harga bagi 2020 dan 2021 masing-masing pada RM2,450 dan RM2,600,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...