
TONTON: Kejatuhan Ringgit – Penjelasan Gabenor Bank Negara mungkin takutkan lagi pelabur
Hari pertama, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menjadi wakil rakyat pertama yang diarah keluar dari Dewan Rakyat selama empat hari pada Persidangan Parlimen yang bermula semalam.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut mengarahkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Pas itu digantung selama empat hari susulan kegagalan beliau mematuhi Peraturan Mesyuarat.
Pada hari ini juga, hampir semua Ahli Parlimen blok pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes selepas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.
Protes itu susulan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membenarkan Anwar, untuk menyampai Penerangan Menteri berkaitan Ucapan Tahniah dah Ikrar Taat Setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Ucapan Terima Kasih kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
KUALA LUMPUR: Hari pertama, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menjadi wakil rakyat pertama yang diarah keluar dari Dewan Rakyat selama empat hari pada Persidangan Parlimen yang bermula semalam.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul turut mengarahkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Pas itu digantung selama empat hari susulan kegagalan beliau mematuhi Peraturan Mesyuarat.
Pada hari ini juga, hampir semua Ahli Parlimen blok pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes selepas mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.
Protes itu susulan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membenarkan Anwar, untuk menyampai Penerangan Menteri berkaitan Ucapan Tahniah dah Ikrar Taat Setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Ucapan Terima Kasih kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mendakwa tindakan Anwar memberikan penerangan tersebut di tengah-tengah sesi Perbahasan Titah Diraja adalah menyalahgunakan ‘sokongan majoriti’ yang dimiliki oleh kerajaan.
Terdahulu Awang ‘dihukum’ ketika, Dewan Rakyat kecoh susulan tindakan blok pembangkang membantah usul untuk Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Sultan Ibrahim dan ucapan terima kasih kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bagaimanapun Johari menarik balik perintah melarang Awang daripada memasuki dewan persidangan selepas kira-kira sejam memutuskan keputusan itu.
Johari bersetuju menarik balik perintah itu selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, ‘merayu’ kepada Johari memberi kelonggaran, selain meminta Awang menarik balik kata-katanya termasuk meminta maaf.
“Minta Pendang tarik balik, Harap boleh Speaker boleh bagi kelonggaran. Minta Pendang tarik balik,” kata Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu.
Awang bersetuju untuk menarik balik kenyataannya termasuk memohon maaf.
Sebelum speaker bersetuju menarik balik hukuman itu, Awang bangkit untuk mendapatkan penjelasan daripada Johari berhubung keputusan itu. Beliau tidak ‘faham’ mengapa hukuman itu dikenakan kepadanya.
Menjelaskan mengapa hukuman itu dikenakan kepada Awang, Johari berkata ia selepas mendapati wakil rakyat itu seolah-olah mencabarnya.
“Di antara pemimpin pembangkang yang paling saya hormat adalah Pendang, kawan saya, pegawai saya dulu, tetapi apabila saya sebut satu perkara, Pendang tarik balik. Oh (Pendang kata) saya takkan tarik balik. Kamu kawan saya atau tidak?
“Kamu tidak peduli kerana mulut santan binasa. Anggaplah saya kawan tetapi bila saya mempengerusikan (dewan ini) kena hormat itu kawan aku, dia Speaker. Kalau tidak hancur dewan ini.
“Kalau saya tak buat begitu (hukum), saya kata tarik balik, Pendang tarik balik… Oh (Pendang kata) aku takkan tarik balik. Kamu tidak boleh macam itu kepada speaker. Mana-mana orang tak boleh terima, sebab itu saya bagi empat hari walaupun (Yang Dipertuan) Agong kata 14 hari,” katanya.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan permohonan dilakukan di bawah peraturan 14(2).
Jelasnya, ia bukan memaklumkan kepada dewan, sebaliknya bagi memohon kebenaran.
“Jadi ahli daripada frontbencher menyokong permohonan saya. Kemudian Speaker akan tanya kepada dewan boleh atau tak boleh untuk setuju atau tidak. Tidak sampai (keputusan) setuju ke tidak, (tiba-tiba) pembangkang nak bantah.
“Kalau bantah itu bila peringkat setujulah. Pembangkang pun tak ikut peraturan. Kalau majoriti setuju atas prosedur dewan, itu sebab menteri minta kebenaran dewan. Biar dewan buat keputusan,” katanya.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata mengikut amalan Parlimen, walaupun peraturan 14(2) menyatakan boleh tetapi jika diikutkan kelaziman amalan, sesuatu penerangan menteri mesti dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) hari berkenaan.
Beliau memberi contoh ‘teladan’ yang ditunjukkan pentadbiran kerajaan terdahulu pada 2022, menyenarai penerangan menteri dalam AUM.
“Pada 20 Januari 2022, semasa kerajaan lalu dalam mesyuarat khas disenaraikan penerangan menteri berkenaan bencana banjir, pengurusan banjir, bantuan bencana banjir, perancangan jangka panjang banjir.
“Tetapi pada hari ini, dengan penuh hormat kami Ahli Parlimen berada dalam keadaan bahawa penerangan menteri tidak disenaraikan dalam tempoh ini dan tidak ada apa-apa tajuk sebenarnya. Justeru, saya rasa ini tidak bertepatan dengan aturan,” katanya.
Sumber:
