Harta Sultan dan Raja Melayu menjadi aset kerajaan sewaktu merdeka

Syafiq Mazalan

Kesemua Sultan dan Raja Melayu memang asalnya orang berharta. Tidak begitu mudah nak dipersoal. Malah harta2 mereka itulah yang disedekahkan kepada kerajaan Malaysia sewaktu negara baru merdeka untuk dijadikan aset kerajaan untuk kebaikan rakyat.

Majoriti institusi yang mempunyai nama Sultan dan raja, dari sekolah ke hospital diberikan nama kerabat atas sebab itu. Institusi-institusi tersebut memang dari peringkat awal sama ada dimiliki oleh Sultan dan Raja Melayu ataupun diberi sumbangan peribadi untuk penubuhan.

Sebagai contoh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang terletak di Terengganu. Asalnya sebelum menjadi universiti dari Pondok Agama Sultan Zainal Abidin yang diasaskan oleh Sultan Terengganu terdahulu. Kemudiannya pondok itu dikembangkan menjadi Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin.

Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin kemudiannya dikembangkan lagi menjadi Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dibawah Kerajaan Negeri Terengganu. Kemudiannya kolej tersebut menjadi UniSZA pada hari ini.

UniSZA ini satu contoh sahaja. Banyak lagi institusi dan aset Kerajaan yang sebenarnya berasal dari harta Sultan dan Raja Melayu. Ramai rakyat menyangka Sultan dan Raja Melayu hidup terlampau mewah tanpa mengetahui yang majoriti aset kerajaan yang mereka nikmati pada hari ini pada asalnya juga merupakan milik sultan dan raja Melayu.

Comments

Comments

Comments

Comments