
Keresahan dan kebimbangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung objektif Malaysia Baharu sehingga memberi bayangan beliau akan bersara hanya ‘amaran’ kepada pihak kerajaan supaya memulihkan persepsi serta krisis kepercayaan terhadap Pakatan Harapan (PH).
Semalam, Kit Siang melontarkan pertanyaan dalam blog rasminya sama ada beliau perlu melupakan impian satu Malaysia Baharu dan bersara selepas lebih lima dekad bergelumang dalam politik ekoran keyakinan dalam kalangan penyokong yang dikatakan semakin menurun.
Mengulas dekad perjuangan dan pengorbanannya, Kit Siang berjanji bahawa DAP tidak akan memungkiri keyakinan rakyat atau mengetepikan prinsipnya serta harapan dan objektif Malaysia Baharu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, DAP memerlukan masa untuk rakyat menyedari perkara itu dan menggesa pemimpin parti supaya mempunyai stamina, ketekunan dan komitmen untuk kekal meneruskan apa yang telah dirangka.
“Kit Siang sudah berkali-kali gunakan helah yang sama bagi meraih simpati dan sokongan umum” – RJ Rithaudeen
KUALA LUMPUR: Keresahan dan kebimbangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung objektif Malaysia Baharu sehingga memberi bayangan beliau akan bersara hanya ‘amaran’ kepada pihak kerajaan supaya memulihkan persepsi serta krisis kepercayaan terhadap Pakatan Harapan (PH).
Penganalisis Politik, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian berpandangan, kenyataan pemimpin veteran politik DAP itu hanya sebagai indikator atau petunjuk politik dan beliau semestinya akan terus berkhidmat sebagai ahli politik.
Beliau berkata, Kit Siang sebelum ini sudah banyak kali menyuarakan kebimbangan ke atas proses membina negara bangsa dan apa yang disuarakan itu sudah semestinya berlegar dengan isu semasa yang berlaku sekarang.
“Saya rasa barangkali beliau hanya menyuarakan keresahan sekiranya matlamat akhir Kerajaan PH tidak tercapai, sudah tentu ia boleh mempengaruhi sokongan terhadap kedudukan beliau. Malah, saya rasa suara itu wujud atas sebab sokongan kepada DAP sudah terhakis sebagaimana beliau pernah menyatakan perkara itu sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Semalam, Kit Siang melontarkan pertanyaan dalam blog rasminya sama ada beliau perlu melupakan impian satu Malaysia Baharu dan bersara selepas lebih lima dekad bergelumang dalam politik ekoran keyakinan dalam kalangan penyokong yang dikatakan semakin menurun.
Mengulas dekad perjuangan dan pengorbanannya, Kit Siang berjanji bahawa DAP tidak akan memungkiri keyakinan rakyat atau mengetepikan prinsipnya serta harapan dan objektif Malaysia Baharu.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, DAP memerlukan masa untuk rakyat menyedari perkara itu dan menggesa pemimpin parti supaya mempunyai stamina, ketekunan dan komitmen untuk kekal meneruskan apa yang telah dirangka.
Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, sekiranya benar Kit Siang akan bersara sekalipun, beliau tidak akan meninggalkan DAP begitu sahaja dan semestinya akan terus menjadi penasihat parti itu.
“Saya rasa DAP harus bersedia dan mengakui hakikat beliau adalah pemimpin lama dalam parti. Barangkali, pemimpin pelapis juga sudah ada dalam parti, kalau bersara sekalipun mungkin beliau akan terus menjadi penasihat parti,” jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai sokongan pengundi Cina sama ada sudah berlaku angin perubahan atau sebaliknya, Sivamurugan berkata, sokongan mereka dilihat masih bersifat mendatar lagi.
“Kita tidak boleh menjadikan itu sebagai indikator. Mungkin kalau sebahagiannya hendak protes dengan tidak keluar mengundi malah, ini tidak bermakna mereka akan menyokong parti pembangkang.
“Kita percaya dalam kedudukan sekarang sukar untuk menyatakan sudah ada perubahan dalam sokongan pengundi Cina walaupun wujud pelbagai isu. Itu tidak bermakna mereka sudah memilih parti lain, barangkali mereka masih mengambil sikap memerhati lagi,” katanya.
Sumber:
