Haziq rapat dengan kumpulan Rafizi

Novandri Hasan Basri

Memang betul orang kata. Di era IT & maklumat di hujung jari ini, tiada yang boleh disembunyikan. Jika dipadam pun, masih ada lagi bekas-bekasnya dlm internet.

Sebenarnya..sudah lama Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Shamsul kenal budak Haziq ni. Tapi bukan ahli PKR saja seperti yang didakwa oleh Azmin. Haziq ni berjawatan Presiden Mahasiswa Keadilan & Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia. Jadi apabila Azmin dakwa kenal Haziq dari jauh, macam pelik pulak.


Sekarang wujud pengakuan bahwa skandal ini melibatkan pemimpin-pemimpin tertentu dlm PKR itu sendiri. Malah, Haziq dikatakan dilindungi olehnya. Jika tidak, Haziq sudah bukan ahli PKR lagi dan dipecat segera daripada kementerian.

Haziq rapat dengan kumpulan Rafizi pada pemilihan PKR yang lalu, malah Haziq dapat kelulusan special untuk bertanding dalam pemilihan PKR.

Rafizi dikalahkan oleh Azmin semasa pemilihan itu. Walau pun kalah, Anwar tetap melantik Rafizi sebagai Naib Presiden PKR dan ini menguatkan lagi wujudnya retak di antara Anwar dan Azmin.

Otai Reformis tegar Anwar yang selama ini gam mulut kerana PKR bersekongkol dengan Mahathir, muncul semula dan ambil peluang untuk kutuk Mahathir. Mereka ‘curiga dgn campur tangan Mahathir’ dalam isu itu.

Apabila meneliti kronologi skandal video ini, saya percaya anda sudah boleh agak pihak-pihak manakah yang sedang berkonfrontasi dan siapa sokong siapa.

Anda boleh baca turutan dan tengok video-videonya dalam FB ini. Very interesting.

Yang paling penting, the truth, the whole truth and nothing but the truth!

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...