Hebatnya Diaspora Melayu

Kehebatan diaspora bangsa ini diiktiraf dunia. Bangsa ini sudah mampu menjadi duta Melayu global untuk terus bersaing dengan bangsa-bangsa lain di peringkat antarabangsa

Salleh Said Keruak




1. Melayu adalah bangsa diaspora yang hebat.  Hidupnya tidak hanya terkongkong di tanah air sendiri, tetapi bertebaran di seluruh pelosok dunia—di Australia, Britain, Sri Lanka, Afrika Selatan, Surinam, Arab Saudi, China, Madagascar, Kemboja, Mesir, Perancis, Sepanyol, Belanda, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Jumlahnya dianggarkan seramai 500 juta orang atau kira-kira sembilan peratus daripada jumlah penduduk dunia.  Ini menunjukkan Melayu merupakan sebuah bangsa yang hebat.  Apa hebatnya bangsa ini?

3. Pertama, hebatnya kerana mereka mempunyai jati diri yang tinggi.  Di mana pun berada, bangsa ini kekal berbudaya Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.  Contohnya Melayu Australia di Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos.

4. Kedua, hebatnya kerana mereka mampu membangunkan komuniti sendiri biarpun di tempat orang. Misalnya, petempatan Melayu di Antananarivo Madagascar, di Jabal Ajyad Mekah, di Bo-Kaap di Cape Town, Katanning Perth, Jawatte Sri Lanka dan lainnya.

5. Ketiga, hebatnya kerana kesatuannya. Di mana pun berada, bangsa ini bersatu atas nama berasal dari rumpun yang sama. Mereka kekal dengan adat gotong royong dan tolong menolong.

6. Keempat, hebatnya kerana mereka berjaya menjadi tokoh terkenal di negara baharu. Contohnya Samara Vijayatungga di Sri Lanka, dan Imam Abdullah Kadi Abdus Salaam yang merupakan tokoh Islam di Cape Town.

7. Kelima, hebatnya kerana mereka berjaya di daerah baharu mereka. Contohnya, Datuk Mohd. Aris Ahmad dilantik menjadi Datuk Bandar Winsford di England pada tahun 1989 dan Datuk Fathol Razak Abdul Rawak yang merupakan usahawan Melayu berjaya di New York, Amerika Syarikat.

Loading...

8. Pertanyaannya, apakah faktor yang menjadikan bangsa Melayu ini hebat?

9. Jawapannya mudah: kecekapan, kerajinan, keberanian, kecekalan, ketabahan, bekerja keras dan berjiwa besar merupakan faktor kehebatan bangsa ini.  Selain itu adalah faktor agama Islam, keterbukaan minda, pengamalan budaya dan bahasa Melayu yang turut menjadikan mereka hebat.

10. Kehebatan diaspora bangsa ini diiktiraf dunia. Bangsa ini sudah mampu menjadi duta Melayu global untuk terus bersaing dengan bangsa-bangsa lain di peringkat antarabangsa.

11. Sebagai bangsa Melayu, bersyukurlah dengan anugerah Allah ini.  Kekalkan tradisi kehebatan ini supaya nasib bangsa ini tidak terjadi seperti tragedi yang menimpa bangsa Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq dan Rohingya yang sedang bergelora dan ditindas di tanah air sendiri.

Sumber: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...