MESEJ TTF KEPADA KERAJAAN MALAYSIA
KAMI MENGGESA Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Jemaah Kabinet Menteri dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin untuk menubuhkan SEGERA satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat :
Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin
atas perkara perkara berikut:
PENYELEWENGAN dan salahguna kuasa ketika menjadi Perdana Menteri (Mahathir, 1981-2003) dan Menteri Kewangan (Daim, 1984-1991).
PENYELEWENGAN dan salahguna kuasa ketika menjadi Perdana Menteri (Mahathir, May 2018-September 2018) dan pengerusi Council of Eminent Persons (May 2018-September 2018).
PEMILIKAN secara peribadi mahupun melalui proksi Sumber Kewangan Yang Luar Biasa semasa menjawat jawatan-jawatan yang tersebut di atas.
PEMILIKAN secara peribadi mahupun melalui proksi Harta Persendirian Yang Luar Biasa seperti rumah dan kenderaan semasa menjawat jawatan-jawatan yang tersebut di atas.
Selain itu, GESAAN turut dibuat atas hal hal seperti yang berikut:
MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan bagi membayar gaji dan elaun staf di Council of Eminent Persons (CEP).
MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan bagi Pilihanraya Umum ke-14 (GE14) yang digunakan Mahathir secara persendirian.
MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan bagi Pilihanraya Umum ke-14 (GE14) yang digunakan PPBM dengan bantuan saluran-saluran tertentu yang disediakan oleh Mahathir dan Daim.
MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan Daim.
MENYIASAT dengan TELUS sumber kewangan Mahathir dan anak-anaknya.
MENYIASAT dengan TELUS pemilikan bank-bank di serata pelusuk dunia oleh Daim dan jumlah nilai wang haram milik Mahathir dan anak-anaknya yang disimpan dalam bank-bank tersebut.
MENYIASAT dengan TELUS syarikat-syarikat milik anak-anak Mahathir secara langsung mahupun melalui proksi yang mempunyai urusniaga projek dan kontrak yang bernilai jutaan mahupun berbilion ringgit.
MENYIASAT dengan TELUS penyelewengan berjuta-juta ringgit menerusi Syarikat RM2 Maminco Sdn Bhd yang telah digunakan Mahathir bagi memanipulasi pasaran timah dunia.
MENYIASAT dengan TELUS penyelewengan berjuta-juta ringgit dari EPF menerusi Syarikat RM2 Makuwasa Sdn Bhd oleh Mahathir.
MENYIASAT dengan TELUS penyelewengan dan pelesapan dana berbilion ringgit menerusi Perwaja Steel oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya.
MENYIASAT dengan TELUS insiden Memali yang telah mengorbankan nyawa belasan umat Allah yang tidak berdosa,
#TangkapMahathirDaim
#SiasatMahathirDaim
#DakwaMahathirDaim
#PenjarakanMahathirDaim
Sila kongsi dan viralkan ke Grup WhatsApp, Telegram dan Facebook. Terima kasih.
