Satu himpunan solidariti untuk Dato’ Azwanddin Hamzah akan dibuat bermula jam 8 pagi di perkarangan Mahkhamah Klang.
Menurut NTH media, orang Melayu sudah terlalu banyak bersabar biarpun agama, bangsa dan bahasa mereka diperlekeh dan dihina Lim Kit Siang dan kuncu-kuncunya selama berdekad lamanya.
KLANG: Satu himpunan solidariti untuk Dato’ Azwanddin Hamzah akan dibuat bermula jam 8 pagi ini di perkarangan Mahkhamah Klang.
Menurut Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM), saudara Mohd Hamdan Salleh, perhimpunan tersebut akan dikendalikan oleh JMM bersama-sama pihak Gagasan Tiga (G3) dan akan turut disertai wakil-wakil beberapa NGO lain.
Tepat jam 10.15 malam semalam, pihak Nothing to Hide (NTH) Media telah membuat satu liputan langsung dimana pihak G3 dan JMM menyaran akan perlunya orang-orang Melayu bersatu menentang kezaliman kerajaan DAP.
Menurut saudara Hamdan selaku moderator siaran tersebut, penangkapan Azwanddin tidak patut berlaku memandangkan beliaulah satu-satunya pejuang Melayu tulen yang sanggup meletakkan tengkuknya ke depan demi memperjuangkan nasib Melayu-Islam.
Menurut saudara Raggie Jessy Rithaudeen pula, orang Melayu sudah terlalu banyak bersabar biarpun agama, bangsa dan bahasa mereka diperlekeh dan dihina Lim Kit Siang dan kuncu-kuncunya selama berdekad-dekad lamanya.
”Perkataan serang yang digunakan Azwanddin sengaja disalah tafsir kerajaan DAP.
“Saya kenal Azwanddin, beliau tidak akan sekali-kali teringin serang sebuah balai polis kerana beliau menyokong penuh pihak berkuasa.
”Apa, pihak polis tidak faham bahawa ‘serang balai’ dalam konteks penggunaan Azwan bermaksud rakyat perlu turun beramai-ramai ke balai buat laporan polis?
Rithaudeen menambah, perkataan “pariah” yang digunakan Azwanddin terhadap Waytha tidak rasis memandangkan perkataan tersebut telah diperluaskan penggunaannya dalam kamus-kamus oleh pihak British untuk merangkumi penyisihan satu pihak oleh pihak yang lain atas dasar tidak suka.
“Waytha jelas tidak diterima masyarakat Melayu-Islam kerana beliau memang merupakan seorang anti-Islam tegar,” ujar Rithaudeen.
“Apa, hanya orang-orang Hindu berhak bersatu ke? Apakah kami umat Islam tidak berhak bersatu?
“Kita tidak takutkan polis, kita tidak takutkan kerajaan. Kita takutkan Allah. Sudah mejadi tanggungjawab umat Islam untuk menyatukan ummah, untuk memperjuangkan ummah, untuk perjuangkan agama.
“Apabila kami disekat dari melakukan tanggungjawab-tanggungjawab ini, kami akan sampai batas kami. Pada ketika itu, kami sanggup berperang.”
LIHAT VIDEO PENUH DI TTF
