Hina Agong: PKR dilihat cemas walaupun Iswardy Morni ‘ahli biasa tanpa jawatan’

Iswardy membandingkan Al-Sultan Abdullah dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di Johor. Sumber (gambar): Fail TTF

هينا اڬوڠ: ڤقر دليهت چمس والاوڤون اسواردي مورني ءاهلي بياسا تنڤا جاوتنء

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Walaupun seorang ahli biasa parti yang tidak memegang apa-apa jawatan, tindakan pihak polis menahan aktivis Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial dilihat menggegarkan PKR seolah-olah Iswardy memegang jawatan penting.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, oleh kerana isu video Iswardy sudah menjadi kes siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), PKR akan menunggu hasil siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelmarin, Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.

“PKR mengesahkan Iswardy seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hierarki pimpinan PKR Sarawak mahupun pusat.

“Kenyataan beliau tidak sama sekali mewakili pendirian parti PKR, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kelmarin, Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Al-Sultan Abdullah seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes COVID-19.

Dalam video itu juga Iswardy turut membandingkan Al-Sultan Abdullah dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di Johor.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Bertia Harian

Loading...

WAJIB BACA: 

LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...