
خالد صمد نصيحت دڤ اونتوق ءتريما كاتق امنوء سلڤس أمانه منونتوت ءاكتا انتي-لومڤت ڤرتيء
The Malaysian Insight memetik Khalid Samad sebagai berkata, tIDAK ada salahnya untuk Pakatan Harapan menerima dua bekas pemimpin Umno yang menyebabkan kerajaan Melaka tumbang.
Mempertahankan tindakan AMANAH untuk menerima sekurang-kurangnya seorang daripada mereka, Khalid mendakwa pendirian bekas pemimpin Umno itu adalah “pendirian berprinsip dan mereka terpaksa membayar harganya”.
Namun, pendirian Khalid bercanggah terus dengan ketetapan Pakatan Harapan untuk melakukan reformasi dalam politik kebangsaan menerusi perlaksanaan akta anti lompat parti.
Pendirian DAP PULA tidak kena pada tempatnya memandangkan ADUN-ADUn terbabit dikatakan bersekongkol dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan negeri Melaka.
PETALING JAYA: The Malaysian Insight memetik Khalid Samad sebagai berkata, tIDAK ada salahnya untuk Pakatan Harapan menerima dua bekas pemimpin Umno yang menyebabkan kerajaan Melaka tumbang.
Mempertahankan tindakan AMANAH untuk menerima sekurang-kurangnya seorang daripada mereka, Khalid mendakwa pendirian bekas pemimpin Umno itu adalah “pendirian berprinsip dan mereka terpaksa membayar harganya”.
Namun, pendirian Khalid bercanggah terus dengan ketetapan Pakatan Harapan untuk melakukan reformasi dalam politik kebangsaan menerusi perlaksanaan akta anti lompat parti.
Malah, Pakatan Harapan sendiri mendesak agar semua pihak bersetuju menolak wakil-wakil rakyat yang lompat parti menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama kerajaan baru-baru ini.
DAP sebelum ini menolak sebarang langkah untuk membenarkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang terbabit menjatuhkan kerajaan negeri dicalonkan bawah Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, komitmen empat ADUN itu terhadap reformasi politik tulen diragui dan parti itu tidak berpuas hati dengan tindakan PH mempertimbangkan dua daripada empat ADUN terbabit untuk dicalonkan.
Namun, pendirian DAP tidak kena pada tempatnya memandangkan ADUN-ADUn terbabit dikatakan bersekongkol dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan negeri Melaka.
Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengaku bahawa Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan Melaka sebelum menarik sokongan kepada Ketua Menteri.
Memetik laporan sebuah portal, Anwar dilaporkan berkata, berdasarkan persefahaman ketika itu, Idris, Nor Azman dan Datuk Noor Effandi Ahmad (PPBM-Telok Mas) bersetuju untuk menyokong pembentukan kerajaan baharu.
RJ RITHAUDEEN
WAJIB BACA:
LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX
