Hishammuddin disiasat kerana berjumpa Mahathir?

Hishammuddin menarik perhatian umum apabila mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Sumber (gambar): The Star Online

Jawatankuasa Disiplin UMNO mengesahkan pihaknya kini sedang menyiasat Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Memetik laporan sebuah portal semalam, sepupu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menarik perhatian umum apabila mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Hishammuddin bagaimanapun menjelaskan pertemuannya dengan Perdana Menteri adalah perkara biasa.

Beliau juga dikaitkan sebagai antara individu yang berusaha menarik wakil rakyat UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bagaimanapun bekas menteri Kabinet itumenyangkal dakwaan tersebut.


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin UMNO mengesahkan pihaknya kini sedang menyiasat Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pengerusinya, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci termasuk punca bekas Naib Presiden UMNO disiasat.

“Ya, kita (Jawatankuasa Disiplin UMNO) sedang siasat Hishammuddin. Sebab disiasat tak boleh didedahkan. ia perkara sulit, belum boleh cerita. Nanti dah selesai kita cerita,” kata Apandi ringkas ketika dihubungi Sinar Harian.


Sementara itu, usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada Hishammuddin mahu pun pegawai kanannya juga tidak berhasil.

Memetik laporan sebuah portal semalam, sepupu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menarik perhatian umum apabila mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Hishammuddin bagaimanapun menjelaskan pertemuannya dengan Perdana Menteri adalah perkara biasa.

Beliau juga dikaitkan sebagai antara individu yang berusaha menarik wakil rakyat UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bagaimanapun bekas menteri Kabinet itu menyangkal dakwaan tersebut.

Rentetan perkara tersebut, 24 Julai lalu UMNO membuat ketetapan bahawa hanya Presiden saja diberikan mandat mewakili parti sekiranya mahu mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak berhubung kerjasama politik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada mana-mana tokoh atau individu lain yang diberikan mandat untuk tujuan tersebut.

Beliau juga menegaskan, UMNO membuat keputusan bahawa sebarang perbincangan mesti mematuhi apa yang telah dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi parti.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...