Hishammuddin: Kalau Lembaga Disiplin nak siasat saya, siasatlah…

Hishammuddin menjelaskan beliau tiada masalah berdepan dengan ahli lembaga disiplin parti itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tiada apa mahu disembunyikan. Sumber (gambar): The Straits Times

هشام الدين: كالاو لمباڬ ديسيڤلين نق سياست ساي، سياستله

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau bersedia dipanggil untuk memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin UMNO jika pengerusi baharu lembaga itu memintanya berbuat demikian.

“Jika mahu panggil saya, saya tiada masalah kerana saya rasa saya tidak buat salah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mengenai dakwaan ada campur tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarah siasatan dihentikan untuk menghalangnya keluar parti, Hishammuddin berkata, tidak timbul isu seumpama itu.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO berikutan keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan Lembaga Disiplin dengan Hishammuddin.


MEMBAKUT: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau bersedia dipanggil untuk memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin UMNO jika pengerusi baharu lembaga itu memintanya berbuat demikian.

Ahli Parlimen Sembrong itu menjelaskan, beliau tiada masalah berdepan dengan ahli lembaga disiplin parti itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tiada apa mahu disembunyikan.




Hishammuddin juga menyerahkan sepenuhnya kepada kepemimpinan UMNO untuk mengambil apa saja tindakan terhadapnya.

“Saya tak tahu (sama ada akan dipanggil) kerana ia bergantung kepada kepemimpinan UMNO. Saya ada cakap tiada apa nak disembunyikan dan jika mereka mahu siasat saya, mereka sudah buat.

“Siapa ahli jawatankuasa yang menyiasat bukan masalah saya. Mereka perlu bertindak bersama dan melantik siapa yang mereka mahu serta memutuskan sama ada panggil saya atau tidak.

“Jika mahu panggil saya, saya tiada masalah kerana saya rasa saya tidak buat salah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mengenai dakwaan ada campur tangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarah siasatan dihentikan untuk menghalangnya keluar parti, Hishammuddin berkata, tidak timbul isu seumpama itu.

“Selamatkan saya? Saya kata saya tidak kisah, jadi saya tidak rasa ia ada isu, bukan isu peribadi. Jika apa mereka dakwa yang saya buat beri kesan kepada parti, Ahmad Zahid perlu ambil apa yang perlu untuk selesaikannya.

“Saya mahu UMNO bergerak ke depan. Selagi ada yang menghalang, UMNO tidak akan berkembang, jadi jika siasatan ini, walaupun kita rasa tidak salah dapat bantu UMNO ke depan, saya tiada apa nak sembunyi,” katanya.

Loading...

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO berikutan keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan Lembaga Disiplin dengan Hishammuddin.

Difahamkan, Hishammuddin sepatutnya dipanggil mengadap Lembaga Displin bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan melanggar perlembagaan dan tataetika sebagai ahli UMNO.

Ia dipercayai ada kaitan dengan dakwaan beliau mengetuai perjumpaan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrajaya pada pertengahan November lalu.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...