Hormati keluarga Allahyarham, kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai boleh bincang kemudian

Allahyarham memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Sumber (gambar): Kosmo!

Sebarang kenyataan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai oleh mana-mana pihak tidak sesuai dan tidak bertempat buat ketika ini.

Ini berikutan kematian penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafiq akibat serangan jantung baru sehari dan masih dirasai oleh banyak pihak, terutamanya keluarga Allahyarham yang masih bersedih dengan pemergiannya.

TTF mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar roh Allahyarhm dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.


Sebarang kenyataan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai oleh mana-mana pihak tidak sesuai dan tidak bertempat buat ketika ini.

Ini berikutan kematian penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafiq akibat serangan jantung baru sehari dan masih dirasai oleh banyak pihak, terutamanya keluarga Allahyarham yang masih bersedih dengan pemergiannya.

Pihak TTF dan GBN amat kagum dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengesahkan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kekosongan kerusi yang berlaku bagi menghormati keluarga Allahyarham.


Menurut portal Sinar Online, pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya memohon semua pihak untuk memberi ruang serta menghormati keluarga Allahyarham yang masih bersedih dengan kehilangan tersebut.

“Bagi menghormati keluarga Allahyarham, tiada sebarang kenyataan dibuat pada waktu ini. Tunggu semua selesai, baru SPR akan keluarkan kenyataan rasmi nanti,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Azhar turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Dr Md Farid.

“Bagi pihak SPR, saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya.

GBN turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar roh Allahyarhm dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.

RJ RITHAUDEEN, ROSDZAMAN DATO HJ MOHD YUSUP

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...