“Tanpa sesiapa melakukan apa-apa, hubungan PH-BN akan beransur-ansur retak secara organik, setelah kesedaran timbul bahawa kerjasama kedua-dua gabungan itu hanya menjurus kepada kemusnahan, bukan penambahbaikan”
Raggie Jessy Rithaudeen
هوبوڠن بن، ڤه دجڠك رتق سچارا اورڬانيق سلڤس ڤرن
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Pakatan Harapan mengharapkan penambahan sekurang-kurangnya 15 peratus dalam sokongan Melayu-Islam terhadap gabungan itu menerusi kerjasama dengan Barisan Nasional.
Begitu juga, BN mengharapkan peningkatan dalam sokongan Cina dan India terhadap gabungan itu menerusi kerjasama dengan PH.
TONTON: KERAJAAN TERDESAK GILA – TAK BOLEH NAK JELASKAN KEGAGALAN PM BERTEMU PUTERA MAHKOTA ARAB, PEMBANGKANG DISERANG
Masalahnya, majoriti masyarakat Melayu-Islam dianggarkan telah menolak kedua-dua PH dan BN selepas Pilihan Raya Umum ke-15 atas pelbagai sebab, khususnya;
1. Sikap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melanggar ketetapan Perhimpunan Agung UMNO dan lafaz sumpah beliau sendiri untuk tidak bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
2. Sikap Anwar dan DAP yang melanggar prinsip asas perjuangan PH menentang pemimpin Kleptokrat UMNO
3. Sikap berat sebelah dan kuku besi kerajaan yang menekan pemimpin Melayu-Islam pembangkang atas pelbagai dakwaan tetapi menutup sebelah mata apabila melibatkan pemimpin kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri yang berdepan 47 pertuduhan jenayah..
4. Kewujudan bahang Islamophobia yang tidak diendahkan
5. Sikap rasis kerajaan yang sentiasa mempertikai usaha pemimpin tertentu menyatu-padukan Melayu-Islam.
Majoriti pengundi Cina dan India dijangka terus bersama PH sekalipun marah dengan gabungan itu, dan disebabkan itu, mereka mungkin menyokong calon BN dalam mana-mana pilihan raya asalkan BN bekerjasama dengan PH.
Jika kesemua jangkaan ini tepat, BN akan untung lebih daripada kerjasama dengan PH.
Ini kerana BN akan mendapat sokongan tambahan daripada pengundi Cina dan India, manakala kedua-dua BN dan PH akan mencatatkan penurunan ketara dalam sokongan pengundi Melayu-Islam.
Persoalannya, adakah peningkatan dalam sokongan Cina dan India terhadap BN mampu mengatasi perosotan dalam sokongan Melayu-Islam terhadap gabungan itu?
Jawapannya tidak, lebih-lebih lagi jika semua parti yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam di luar kerajaan mencapai persetujuan untuk tidak bertembung bagi mengelakkan perpecahan undi.
Ini akan menjurus kepada pencapaian buruk PH dan BN di lima negeri pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.
Puncanya adalah Tsunami Melayu-Islam, dan kesan Tsunami ini sudah dilihat di Padang Serai, apabila Perikatan Nasional berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti dua kali ganda majoriti PH pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Selepas kesemua PRN berakhir, penyokong PH dari kalangan pengundi Cina dan India sudah pasti menyesal menyokong BN setelah melihat perosotan teruk dalam pencapaian PH dan BN.
Ini akan mencetuskan tekanan dari dalam PH agar gabungan itu berpisah dengan BN sekalipun PH terpaksa duduk dalam pembangkang.
Penyokong PH pula akan menyalahkan “kerjasama dengan Kleptokrat” dan “pelantikan TPM tertuduh jenayah” sebagai punca kekalahan.
Begitu juga, BN akan menghadapi tekanan dari dalam untuk berpisah dengan PH, dan penyokong BN akan salahkan Zahid kerana bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
Kepimpinan UMNO di semua peringkat akan beransur-ansur sedar bahawa peningkatan undi Cina dan India tidak mampu menandingi Tsunami Melayu-Islam yang tercetus setiap kali DAP duduk dalam kerajaan.
Kepimpinan PH pula akan sedar bahawa UMNO kini dicemuh oleh masyarakat Melayu-Islam, dan kerjasama dengan UMNO hanya memudaratkan PH.
Tanpa sesiapa melakukan apa-apa, hubungan PH-BN akan beransur-ansur retak secara organik, setelah kesedaran timbul bahawa kerjasama kedua-dua gabungan itu hanya menjurus kepada kemusnahan, bukan penambahbaikan.
Apa pun, masa akan menentukan.
