Hubungan PPBM-UMNO kritikal, nasib Muafakat Nasional kini tergantung

“Persoalannya, memandangkan PAS kini rakan sekutu PPBM dalam Perikatan Nasional, apakah PAS akan tunduk pada kehendak UMNO atau menyokong PPBM dalam isu agihan kerusi?”

Raggie Jessy Rithaudeen

هوبوڠن ڤڤبم-امنو كريتيكال، نصيب موافقة ناسيونل كيني ترڬنتوڠ

Pergelutan kerusi melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Barisan Nasional memasuki fasa kritikal hari ini apabila Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa BN akan bertanding di kerusi yang mana ahli parlimennya berpaling tadah selepas menang pada PRU14.

Menurut laporan, BN memutuskan untuk bertanding di kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya lalu dan kalah, tetapi berjaya memperoleh jumlah undi kedua terbanyak.




“Kerusi-kerusi yang BN menang dulu yang melompat, maka kita ambil balik. Itu keputusan MT, bukan keputusan presiden.

“MT Umno membuat keputusan bahawa, kerusi-kerusi yang dulunya dimenangi BN, maka BN akan ambil balik.

“Perkara ini sudah pasti,” tegas Ahli Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin pada video di portal berita Suara TV hari ini.

PPBM kini merupakan ahli komponen gabungan Muafakat Nasional yang tidak berdaftar susulan keputusan parti itu menerima pelawaan rasmi Muafakat Nasional untuk menyertai gabungan tersebut.

Isnin lepas, saya mempersoalkan logik presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak bersama PAS dan PPBM dalam Perikatan Nasional sedangkan UMNO bersetuju untuk duduk bersama PAS dan PPBM dalam Muafakat Nasional.

Saya menulis:

1. Jika Zahid bersetuju untuk duduk bersama PPBM dan PAS bawah satu bumbung, mengapakah beliau menolak untuk duduk bersama kedua-dua parti itu dalam Perikatan Nasional?

Loading...

2. Jika UMNO benar-benar ikhlas bermuafakat bersama PAS dan PPBM ke arah Pilihan Raya Umum ke-15, mengapa tidak daftarkan sahaja Muafakat Nasional dengan RoS?

3. Adakah Zahid takut pendaftaran Muafakat Nasional akan menyebabkan UMNO terpaksa agihkan banyak kerusi kepada PPBM dan PAS?

4. Apakah ini juga sebabnya Zahid takut membawa UMNO masuk ke dalam Perikatan Nasional?

5. Apakah Zahid takut penyertaan UMNO dalam gabungan berdaftar bersama PAS yang jauh lebih popular dari UMNO akan menyebabkan PAS beransur-ansur jadi parti dominan?

6, Adakah Zahid takut PPBM yang kini hancur berkecai akan berpaut pada sokongan Melayu-Islam terhadap PAS dan UMNO apabila ketiga-tiga parti itu dipaksa menggunakan bendera Perikatan Nasional?

7. Atau adakah Zahid takut penyertaan UMNO dan PAS dalam Perikatan Nasional secara rasmi akan dilihat sebagai ‘endorsement’ kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keputusan mahkamah dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak?

Berdasarkan keputusan MKT UMNO hari ini, nyata sekali bahawa Zahid takut penyertaan Barisan Nasional dalam Perikatan Nasional akan menyebabkan UMNO terpaksa agihkan banyak kerusi kepada PPBM dan PAS.

Atas sebab inilah Zahid turut takut mendaftarkan Muafakat Nasional yang kini dianggotai bersama oleh PPBM, sekaligus bermakna dua daripada tujuh soalan yang saya ajukan kepada Zahid sudah terjawab.

Persoalannya, memandangkan PAS kini rakan sekutu PPBM dalam Perikatan Nasional, apakah PAS akan tunduk pada kehendak UMNO atau menyokong PPBM dalam isu agihan kerusi?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...