
هوبوڠن امنو-ڤاس دلاڤوركن ريڬڠ
Kepimpinan utama Team A (UMNO) yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini terjerat dalam pencaturannya sendiri dan sedang menghadapi masalah serius dengan keputusan PPBM menerima pelawaan Muafakat Nasional untuk bersama gabungan itu.
Ini kerana segala yang berlaku kebelakangan ini di luar jangkaan Team A, termasuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyabitkan Najib bersalah atas tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Kesemua ini menyebabkan saham Tan Sri Muhyiddin Yassin menjunam teruk dan saham Mahathir melonjak naik, sekaligus merosakkan rancangan asal Team A untuk memaksa Muhyiddin bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional.
PAS pula gembira dengan perkembangan ini kerana sedar bahawa konsep Muafakat Nasional merupakan helah semata-mata bagi menjayakan misi Team A kembali ke tampuk kepimpinan negara.
TTF difahamkan, kepimpinan tertinggi PAS sudah tidak tahan lagi dengan pencaturan berlebihan di kalangan pemimpin-pemimpin Team A yang suka berlagak seperti “big brother” biarpun berpaut pada PAS untuk terus kekal relevan.

PETALING JAYA: Kepimpinan utama Team A (UMNO) yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini terjerat dalam pencaturannya sendiri dan sedang menghadapi masalah serius dengan keputusan PPBM menerima pelawaan Muafakat Nasional untuk bersama gabungan itu.
Ini kerana segala yang berlaku kebelakangan ini di luar jangkaan Team A, termasuk keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyabitkan Najib bersalah atas tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Team A turut tidak menjangkakan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjaya meraih sokongan yang begitu besar dari pemimpin Borneo, Team B, DAP dan AMANAH serta sebilangan besar pemimpin PKR setelah bertindak menyisihkan Anwar menerusi pembentukan Blok Bebas Kuasa Keitga.
Apa yang paling mengejutkan Team A ialan kerelaan semua pemimpin dan akar umbi PPBM yang keluar dari parti itu untuk menyokong Blok Bebas Kuasa Ketiga dan parti baharu Mahathir, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
Kesemua ini menyebabkan saham Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh menjunam teruk dan saham Mahathir melonjak naik, sekaligus merosakkan rancangan asal Team A untuk memaksa Muhyiddin bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional.
PAS pula gembira dengan perkembangan ini kerana sedar bahawa konsep Muafakat Nasional merupakan helah semata-mata bagi menjayakan misi Team A kembali ke tampuk kepimpinan negara (rujuk artikel bawah untuk rungkaian penuh).
Hakikatnya, hubungan antara PAS dan UMNO kini amat regang dan dijangka tidak akan bertahan lama.
PAS sudah beberapa kali menegur UMNO secara terbuka berhubung sikap kepimpinannya yang suka membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada PAS terlebih dahulu, khususnya keputusan yang melibatkan agihan kerusi dan penyertaan dalam Perikatan Nasional.
TTF difahamkan, kepimpinan tertinggi PAS sudah tidak tahan lagi dengan pencaturan berlebihan di kalangan pemimpin-pemimpin Team A yang suka berlagak seperti “big brother” biarpun berpaut pada PAS untuk terus kekal relevan.
Justeru, keputusan Muhyiddin untuk membawa PPBM masuk ke dalam Muafakat Nasional disambut baik oleh PAS dan amat mengembirakan parti itu.
PAS tahu, walaupun rancangan asalnya untuk mengawal UMNO dengan berpaut pada akar umbi PPBM tidak berjaya, UMNO kini akan dihukum oleh akar umbinya sendiri disebabkan penyertaan Muhyiddin dalam Muafakat Nasional
Dalam ertikata lain, Team A terjerat.
Buktinya, jika UMNO tidak menerima kemasukan Muhyiddin dalam Muafakat Nasional, parti itu akan dihukum oleh pengundi Melayu-Islam seandainya PAS tiba-tiba beralih sokongan kepada Mahathir atas alasan “UMNO menolak formula perpaduan menyeluruh.”
Sebaliknya, jika UMNO bersetuju menerima Muhyiddin, parti itu akan dihukum oleh akar umbinya sendiri yang terang-terang tidak menaruh kepercayaan terhadap Muhyiddin yang kini dianggap sebagai “pemecah Muafakat Nasional.”
Pandang kiri kanan, UMNO, yang kini sedang mengalami defisit sokongan paling teruk dalam sejarah parti itu, akan tetap dihukum atas dasar pemimpinnya terlalu sibuk mencatur bagi kepentingan diri masing-masing, bukannya kepentingan ummah.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

