Huru-hara jika golongan minoriti perintah negara

Sallehen tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir menyembunyikan beberapa perjanjian lain dengan DAP daripada pengetahuan rakyat susulan Malaysia kini diuruskan oleh bukan Islam. Sumber (gambar): Malaysia Gazette

Masyarakat Islam Melayu khususnya generasi muda perlu menyedari bahawa Malaysia sepatutnya ditadbir dan diuruskan oleh pemimpin yang datangnya daripada golongan majoriti dan bukannya minoriti di negara ini.

Hadir sama Pengarah Bersama GBN, Raggie Jessy Rithaudeen; Pengarah Bersama GBN, Rosdzaman Mohd Yusup; Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii; Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah; Blogger dan aktivis, Esmee Mat Isa serta Penasihat Seni Silat Kalam, Prof. Dr Zahalan Man.


PETALING JAYA: Masyarakat Islam Melayu khususnya generasi muda perlu menyedari bahawa Malaysia sepatutnya ditadbir dan diuruskan oleh pemimpin yang datangnya daripada golongan majoriti dan bukannya minoriti di negara ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi menegaskan, sekiranya pemimpin negara diangkat dalam kalangan golongan minoriti khususnya bukan Islam dan Melayu, ia tidak lebih hanya mengundang musibah.

“Negara mana pun kalau golongan minoriti menguruskan yang majoriti, akan berlaku huru-hara dan kepincangan, tak terkecuali dalam negara kita.


“Dalam Pakatan Harapan (PH) yang dominasi dan menguruskan PH ialah DAP. Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengakui bahawa, beliau jadi Perdana Menteri atas ihsan daripada DAP.

“Kesedaran mesti diberikan kepada anak-anak muda khususnya rakyat Malaysia orang Melayu supaya ke mana pun kalau nak tegakkan keadilan, yang majoriti mesti mengurus negara.

“Ini bukan menafikan soal bukan orang Melayu tak boleh jadi menteri apa ker, tidak. Hala tuju negara mestilah (ditentukan) dalam kalangan orang-orang pemimpin Islam dan Melayu (majoriti),” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Deklarasi Selangor anjuran Gerakan Bangsa Nasional (GBN), di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Bersama GBN, Raggie Jessy Rithaudeen; Pengarah Bersama GBN, Rosdzaman Mohd Yusup; Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii; Presiden Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah; Blogger dan aktivis, Esmee Mat Isa serta Penasihat Seni Silat Kalam, Prof. Dr Zahalan Man.

Pengarah-pengarah Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup dan Raggie Jessy Rithaudeen, bersama ahli panel berikrar pada Majlis Pelancaran Deklarasi Selangor di Dewan Serbaguna MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. Sumber (gambar): Malaysia Gazette

Sallehen juga tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir menyembunyikan beberapa perjanjian lain dengan DAP daripada pengetahuan rakyat susulan Malaysia kini diuruskan oleh bukan Islam.

“Mungkin ada perjanjian-perjanjian lain itu yang disembunyikan daripada rakyat, perjanjian Dr Mahathir sendiri dengan DAP.

“DAP menguasai apa saja dalam mana-mana entiti penting termasuk Tabung Haji (TH) pun.

“Sangat pelikkan! Kenapa kita minta Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan sampai ke hari ini dia tak boleh terima sedangkan kita nak cari satu keadilan di mana pincangnya TH.

“Sudah tentu ada tangan-tangan halus daripada DAP yang masuk dalam TH. Belum lagi perkara-perkara lain, termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pun nak juga orang DAP duduk dalam YADIM,” tegasnya.

Katanya lagi, campur tangan pemimpin bukan Islam dalam hal ehwal Islam yang dibimbangi merugikan kepentingan penganutnya, lebih-lebih lagi DAP komited memperjuangkan Malaysian Malaysia.

“Campur tangan sebegitu yang menjadikan gambaran kepada rakyat Malaysia bahawa yang menguruskan negara pada hari ini ialah DAP, yang menjadi tonggak paling penting dalam PH.

“Sebab dia (DAP) satu-satunya parti yang ada prinsip dan ada matlamat untuk Malaysian Malaysia. Yang lain itu dalam PH hanya nak pangkat, jawatan dan projek begitu saja.

“Sebab itu kesedaran mesti kita berikan kepada Melayu terutamanya generasi baru anak-anak muda. Sebab sudah berlaku, ini majoriti, lainlah kalau orang Melayu sudah jadi minoriti, maka kita akan serahkan (negara) kepada golongan minoriti,” katanya lagi.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...