
Khairuddin Abu Hassan
إبراهيم علي لبيه سسواي برڬلر ءڤڠاره موزيوم نڬاراء، ڤوليتيكڽ ك لاوت
Politik ibrahim adalah terlalu ‘kuno’ dan ‘otak beku’ bagi membolehkan beliau mengamalkan politik yang lebih terbuka bersesuaian dengan perkembangan mutakhir.
Tapi saya rasa Ibrahim Ali bagus untuk jadi pensyarah di bidang sejarah. Dia hanya mampu bercakap tentang sejarah silam dan tidak mampu untuk menjadi sebagai agen pemangkin kepada perkembangan politik yang lebih bersifat keterbukaan.
Kita harus lihat ke hadapan serta letak kepentingan masa depan negara di atas segalanya.
Apa yang sedang diusahakan oleh kedua tokoh negarawan ‘senior’ iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan ybm Tengku Razaleigh Hamzah adalah atas semangat tulen kearah membina semula ‘Malaysia Baharu’.
Kenyataan presiden Pekasa yang mentohmah Tun Dr Mahathir Mohamad serta YBM Tengku Razaleigh Hamzah berlakon seterusnya menunggu ‘siapa nak makan siapa’ itu satu pendustaan sama sekali.
Itu hanyalah persepsi negatif Ibrahim Ali yang mana beliau tidak mempunyai matlumat yang tepat mengenai asas kerjasama secara ikhlas di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah bagi mengatasi setiap permasalahan negara kita.
Ibrahim Ali sedang ‘sesat dalam hutan belantara’ dan ‘otak bekunya’ masih dibelenggu dengan kisah sejarah silam. Beliau tidak mampu keluar dari ‘kepompong’ sejarah silam sebab itulah politiknya juga tidak ke mana.
‘Politic is the art of possibility’ di mana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pesada politik.
Sebab itu saya kata Ibrahim Ali ‘buta mata’ serta ‘buta hati’ kerana beliau gagal memahami pada pru14 Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin PN lawan kerajaan kleptokrasi secara mati-matian.
Pada hari ini Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin yang lain buat pusingan-U dan sanggup tubuh kerajaan secara bersama dengan puak kleptokrats.
Muhyiddin Yassin boleh ‘tidur sebantal’ dengan para pemimpin kleptokrats demi untuk berpaut pada kuasa.
Mengapa Ibrahim Ali tak mahu tegur kerjasama Muhyiddin Yassin dengan pemimpin-pemimpin Kleptokrats ini?
Tolong jangan kalut hendak buat andaian tidak berasas mengenai kerjasama ikhlas di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah?
Politik fahaman ‘sempit’ dan ‘kolot’ Ibrahim Ali juga membuatkan partinya tidak mendapat respon yang baik dari keseluruhan rakyat Malaysia.
Personaliti Ibrahim Ali juga dikenali sebagai ‘kaki tembak semborono’.
Ini adalah kerana amalan politik Ibrahim Ali berteraskan kepada fahaman politik kolot yang amat sempit serta terlalu dibelenggu oleh unsur-unsur sejarah silam yang sedang mengikat Ibrahim Ali dari bersikap lebih terbuka dan tidak berbaur terlalu perkauman.
Sesungguhnya, Ibrahim Ali lupa bahawa kita sedang berada di alaf ‘Wawasan 2020’ yang mana segala fakta sejarah telah banyak bertukar menjadi kenyataan kontemporari bersesuaian dengan peredaran masa.
Apa pun Ibrahim Ali adalah sahabat saya. Saya cukup mengenali dirinya. Komennya ini mengenai kerjasama di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak menghairankan langsung.
Kadang kala mulut celuparnya bercakap lebih pantas dari otak beliau. Jadi, jangalah sesiapapun kecil hati atau ambil kisah dengan Ibrahim Ali ini.
Cuma pesanan ikhlas saya kepada Ibrahim Ali kali ini beliau kena kaji secara mendalam akan sesuatu fakta sebelum hendak buat kenyataan.
Secara jujur serta ikhlas sekiranya kita berjaya ambil-alih kerajaan; Ibrahim Ali harus dilantik sebagai ‘Ketua Pengarah’ muzium negara atau ‘Ketua Pengarah’ arkib negara.
Ilmu pengetahuannya amat bersesuaian bagi mengisi kedua jawatan tersebut.
Akhirkata, komen Ibrahim Ali mengenai isu ini secara ‘hentam keromo’ tidak menghairankan saya. Sekiranya Ibrahim Ali buat kenyataan ‘bernas’ itu akan menghairankan saya.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
