Ibrahim Ali terajui parti Putra

Menurut Ibrahim, Putra akan melalui tiga fasa penubuhan iaitu peringkat mengemas dan mengukuhkan organisasi parti, memaklumkan kepada rakyat betapa seriusnya penubuhan parti itu dan menghadapi pilihan raya umum. Sumber (gambar): Malaysia Gazette

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kini bergerak sebagai parti politik yang sah mengikut perlembagaan parti.

Mengenai perlembagaan Putra, Presiden penaja, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, 95 peratus adalah berasaskan perlembagaan UMNO lama yang ditubuhkan tahun 1946.

Katanya, beliau mengambilkira sejarah UMNO lama yang dirasakan amat praktikal dan sesuai dengan perjuangan parti Putra.


KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kini bergerak sebagai parti politik yang sah mengikut perlembagaan parti.

Presiden penaja, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Masyati Abang Ibrahim.




Menurut beliau, pihaknya menerima maklum mengenai keputusan itu daripada Masyati semalam yang meminta beliau bersama barisan jawatankuasa penaja Putra datang ke pejabat di Putrajaya untuk menerima sijil dan surat kelulusan.

“Saya amat teruja dengan keputusan ini, selepas tujuh bulan menunggu dan terpaksa memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mahkamah ke atas ROS.

“Sepatutnya hari ini (9 Mei) adalah hari mahkamah mendengar semakan itu tetapi ROS telah menghubungi kami memaklumkan permohonan telah diluluskan,” katanya pada sidang media di Dewan Seminar Koperasi Telekom Malaysia Berhad di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung penaja Putra, Arshad Aliman; Ketua Penerangan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz; dan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perak, Datuk Hamidah Othman.

Menurut Ibrahim, pada peringkat awal ini, kepimpinan Putra mempunyai 15 ahli jawatankuasa iaitu beliau selaku Presiden penaja, Tan Sr Khalid Yunus (Timbalan Presiden), Dr. Nor Asmah Mohd Razali (Ketua Wirawati), Norhafizah Jamaluddin (Naib Ketua Wirawati), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Ketua Wira), dan Hamzah Zainudin.

Katanya, Putra akan melalui tiga fasa penubuhan iaitu peringkat mengemas dan mengukuhkan organisasi parti, memaklumkan kepada rakyat betapa seriusnya penubuhan parti itu dan menghadapi pilihan raya umum.

“Keahlilan Putra terbuka kepada semua kaum bumiputera dan borang keahlian akan diedarkan pada 22 Mei ini sempena mesyuarat penaja kali pertama parti itu.

Loading...

“Selepas itu borang keahlian akan diedarkan ke seluruh negara, dengan konsep parti menubuhkan cawangan mengikut jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Kita juga akan tumpu pelantikan sayap Wiranita, Wira dan Wirawani di peringkat pusat, selain mengenal pasti pengerusi perhubungan dan ketua bahagian di setiap negeri.

“Untuk keahlian pula, kita akan memantau supaya ahli yang menyertai Putra adalah yang benar-benar aktif dan selebihnya kita mengharapkan sokongan dari rakyat,” katanya.

Mengenai perlembagaan Putra, beliau berkata,  95 peratus adalah berasaskan perlembagaan UMNO lama yang ditubuhkan tahun 1946.

Katanya, beliau mengambilkira sejarah UMNO lama yang dirasakan amat praktikal dan sesuai dengan perjuangan parti Putra.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...