
إدريس هراون نافي برچاكڤ دڠن اسماعيل صبري دالم اءوديو تولر
Datuk Seri Idris Haron menafikan dakwaan bahawa dia adalah orang yang bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu rakaman yang tular.
Rakaman tersebut membabitkan dua lelaki yang bercakap mengenai Sulaiman Md Ali – yang dijatuhkan Idris dan tiga Adun lain baru-baru ini – yang didakwa tunduk kepada Speker Dewan Undangan Negeri Melaka Ab Rauf Yusoh.
Pengadu itu mendakwa kerajaan Melaka sekarang mengamalkan dasar diskriminasi terhadap orang bukan Melayu di negeri berkenaan.
Seorang lagi lelaki terbabit kedengaran memberi perhatian kepada aduan tersebut namun pada masa sama cuba meyakinkan individu terbabit agar memikirkan semula keinginannya mahu menarik balik sokongan kepada kerajaan Melaka.
Datuk Seri Idris Haron menafikan dakwaan bahawa dia adalah orang yang bercakap dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu rakaman yang tular.
Menurut laporan, Idris berkata nada suara orang yang sedang bercakap itu adalah kurang ajar.
“Tidak, tak betul tu. Kurang ajar tu. Suara tu kurang ajar bunyinya dengan YAB perdana menteri,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Ketika ditanya sama ada tindakan akan diambil berhubung perkara itu, Idris berkata dia sedang menyiasat masalah tersebut.
Menurut Idris, ada pihak tertentu yang berniat jahat kepadanya.
TONTON: SESI BERSAMA HANIFF KHATRI – POLITIK MALAYSIA MAKIN PARAH
Rakaman tersebut membabitkan dua lelaki yang bercakap mengenai Sulaiman Md Ali – yang dijatuhkan Idris dan tiga Adun lain baru-baru ini – yang didakwa tunduk kepada Speker Dewan Undangan Negeri Melaka Ab Rauf Yusoh.
Pengadu itu mendakwa kerajaan Melaka sekarang mengamalkan dasar diskriminasi terhadap orang bukan Melayu di negeri berkenaan.
Seorang lagi lelaki terbabit kedengaran memberi perhatian kepada aduan tersebut namun pada masa sama cuba meyakinkan individu terbabit agar memikirkan semula keinginannya mahu menarik balik sokongan kepada kerajaan Melaka.
Dia juga tidak berminat untuk melibatkan DAP dalam kerajaan Melaka, bahkan mendakwa dia juga menolak untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti terbabit di peringkat persekutuan.
Mereka juga mendakwa Ab Rauf kononnya membincangkan krisis Melaka hanya dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan mengabaikan Ismail Sabri selaku perdana menteri.
Pengadu juga menyesal tidak ada pemimpin kanan Umno lain termasuk Ahmad Zahid yang menghubunginya bagi mendapatkan maklumat berhubung apa yang berlaku di Melaka.
Idris bukanlah orang baru dalam politik. Selain menganggotai Majlis Tertinggi Umno selama bertahun-tahun, dia juga menjadi ketua menteri Melaka dari 2013 hingga 2018.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO
