Ikut penaakulan Mohamad Hasan, PRU15 perlu selepas Mac tahun depan

“Jika risiko berlaku banjir paling tinggi pada musim tengkujuh, dan jika Mohamad Hasan sendiri sudah mengaku bahawa banjir berlaku antara Januari hingga Mac tahun lepas, bukankah elok pilihan raya diadakan selepas bulan Mac?”

Raggie Jessy Rithaudeen

ايكوت ڤنااكولن محمد حسن، ڤرو15 ڤرلو سلڤس مچ تاهون دڤن

Saya terbaca laporan Sinar Harian yang memetik Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai berkata, iklim dunia telah berubah dan sesiapa pun tidak mengetahui sama ada banjir akan berlaku waktu itu atau tidak.

“Kalau ikut tahun lepas, banjir berlaku Januari hingga Mac. Cuaca sudah berubah, iklim dunia sudah berubah.




“Kalau berlaku banjir, bukan seluruh negara yang banjir. Kalau pun banjir misalnya di Kelantan, di kawasan yang terlibat banjir itu kita boleh tangguhkan pengundian, selagi ia masih dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan,” katanya.

Dalam berkata demikian, Mohamad Hasan mendakwa kononnya pembangkang “saja putar belit kata BN nak buat waktu banjir.”

Sejak bila pembangkang berkata demikian?

Setakat mana yang saya maklum, pembangkang hanya mengingatkan kerajaan betapa tingginya risiko pilihan raya diadakan tahun ini, dan satu Malaysia tahu tahu bahawa banjir boleh melanda pada bila-bila masa bermula Oktober ini sehingga hujung suku pertama tahun hadapan.

Malah, Jabatan Meterologi sudah mengeluarkan beberapa amaran rasmi, bahawa negeri di bahagian pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak diramal menerima hujan lebat dan angin kencang bermula 3 Oktober ini.

Bukan hanya itu, PAS juga menentang pilihan raya awal dań berkali-kali menegur keraaaan dałam hal ini.

Ya, barangkali pemikiran Mohamad Hasan sendiri sudah dilanda banjir, dan disebabkan itu, beliau hanya menumpu kepada pembangkang dan mengabaikan terus pendirian PAS yang mungkin hanyut dalam ingatannya.

Apakah Mohamad Hasan lupa kenyataan timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man?

Loading...

Menurut Tuan Ibrahim, semua pihak seharusnya memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi banjir dan PRU15 tidak perlu dilakukan terburu-buru.

Beliau menambah, PAS teguh dengan pendiriannya tidak bersetuju PRU15 diadakan ketika musim banjir dan berpandangan ia perlu dilakukan selepas tempoh penggal berakhir.

Bukankah kenyataan ini mirip kepada kenyataan pembangkang biarpun PAS sekutu UMNO dalam kerajaan?

Jadi bagaimanakah Mohamad Hasan boleh mendakawa pembangkang sedang memutar belit isu banjir, sedangkan Mohamad Hasan sendiri sedang memutar belit segala yang boleh diputar belit?

Zahid meresahkan rakyat

Barangkali kenyataan Zahid berhubung kesanggupan Barisan Nasional ‘meredah banjir’ turut hanyut dalam ingatan Mohamad Hasan.

Cuba tanya diri sendiri, jika Zahid boleh mengeluarkan kenyataan bahawa beliau “sanggup meredah banjir,” bagaimanakah Mohamad Hasan boleh menyalahkan sesiapa jika ada yang mengesyaki bahawa Barisan Nasional meminta pilihan raya diadakan ketika banjir?

Bukankah UMNO yang mengelirukan rakyat? Apakah Mohamad Hasan lebih gemar menabur fitnah dan propaganda daripada menegur Zahid kerana bercakap tanpa berfikir?

Ada pun penentangan terhadap pilihan raya awal, ianya bukan disebabkan isu banjir semata-mata, tetapi alasan-alasan dangkal dan pelik yang diberikan oleh Kluster Mahkamah (klik di sini untuk senarai alasan yang dimaksudkan dan teliti bagaimana ianya bercanggah-canggah)

Tdak ada sebarang logik jika kerajaan memperjudikan keselamatan pengundi menerusi pilihan raya awal, sedangkan parlimen masih sah dan boleh berfungsi secara berperlembagaan sehingga Julai 2023.

Mohamad Hasan bercakap tanpa berfikir

Menurut Mohamad Hasan, jika satu-satu kawasan dilanda banjir, pengundian di kawassan itu boleh ditangguh.

Tetapi bagaimana jika malapetaka melanda beberapa jam selepas proses pengundian bermula, dan beberapa pengundi ditimpa kemudaratan ketika menghala ke pusatu mengundi?

Adakah ‘penangguhan saat akhir’ boleh menyelamatkan pengundi berkenaan? Adakah Mohamad Hasan memiliki ilmu khas untuk mengembalikan nyawa yang melayang?

Bukankah Mohamad Hasan sendiri mengaku, bahawa tidak ada sesiapa yang boleh mengetahui akan berlaku malapetaka pada satu-satu masa, dan bukankah malang sentiasa tidak berbau?

Pilihan Raya paling sesuai selepas bulan Mac

Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan mengutamakan faktor risiko dan keselamatan awam apabila membuat sebarang keputusan.

Amat sukar bagi kerajaan berfungsi dengan baik dan mengerahkan jentera pentadbiran melakukan persiapan rapi untuk menangani malapetaka sekiranya parlimen bubar dan kempen pilihan raya bermula.

Apakah Mohamad Hasan tidak memikirkan semua ini? Apakah kita akan memperjudikan nyawa dan nasib pengundi gara-gara terdesak adadan pilihan raya?

Jika risiko berlaku banjir paling tinggi pada musim tengkujuh, dan jika Mohamad Hasan sendiri sudah mengaku bahawa banjir berlaku antara Januari hingga Mac tahun lepas, bukankah elok pilihan raya diadakan selepas bulan Mac?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...