Ikuti hashtag #TTFCovid19 bagi pengumuman, statistik terkini

 

Raggie Jessy Rithaudeen

Bermula 18hb Mac 2020, TTF akan membawakan kepada anda berita terkini berhubung situasi sebenar penularan wabak Coronavirus dari sumber-sumber sahih, termasuk dari Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Berita ini akan merangkumi jumlah kes jangkitan Covid-19 di Malaysia dan statistiK dunia, termasuk bilangan kes yang dikenalpasti, jumlah yang disyaki, angka kematian dan bilangan yang disahkan sembuh dari jangkitan.




Siri berita ini akan membawa hashtag #TTFCovid19 dan turut akan menyiarkan pemberitahuan yang dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekiranya ada.

Untuk makluman, sistem hashtag ini turut akan diperluaskan bagi berita-berita politik tempatan yang melibatkan beberapa kategori berita yang penting, iaitu:

1. #TTFPDRM – bagi berita yang spesifik kepada pengumuman oleh pihak PDRM

2. #TTFPerlembagaan – bagi isu-isu yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan

3. #TTFKehakiman – bagi perkembangan-perkembangan terkini melibatkan kes-kes mahkamah

4. #TTFBeritaPalsu – bagi penularan maklumat yang disahkan palsu

Mana-mana tajuk yang melibatkan hashtag akan merupakan pemberitahuan, pengumuman atau penyampaian berita penting dari sumber yang dikenalpasti sahih dan tidak akan mengandungi pendapat peribadi TTF atau mana-mana pihak yang lain.

Loading...

Pastikan anda bersama saya untuk mendapatkan maklumat terkini. Saya akan kekal bersama anda selagi diri saya sihat dan selagi saya mampu untuk terus menyumbang ke arah menegakkan kebenaran dan keadilan, Insya Allah.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...