Ikutkan Hadi, kalau orang lain rampas kerajaan ‘haram’, kalau PAS rampas ‘halal’

“Lupakah Hadi bagaimana beliau sendiri mengingatkan ahli PAS bahawa Darurat yang diisytiharkan di Kelantan pada 1977 bertujuan untuk merampas kuasa dipilih rakyat? Apakah Hadi tidak sedar bahawa Muhyiddin kehilangan majoriti sebelum menasihati yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat, dan lupakah Hadi akan kata-katanya sendiri di Kelantan?”

Raggie Jessy Rithaudeen

ايكوتكن هادي، كالاو اورڠ لاين رامڤاس كراجأن ءحرامء، كالاو ڤاس رامڤاس ءحلالء

Kebelakangan ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang tidak berpaut pada realiti dan tersasar dari landasan kebenaran.

Rabu lalu, Hadi tiba-tiba menjadi jurucakap UMNO apabila mendakwa majoriti pemimpin parti itu positif untuk bergabung dengan PPBM.




Walaubagaimanapun, sumber-sumber TTF mengesahkan UMNO kekal terbahagi kepada tiga kumpulan – Team A (minoriti), Team B (majoriti) dan ‘puak pemisah’.

Saya menulis:

Team A diterajui oleh gandingan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan bersekutu dengan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan ini turut melakukan perbincangan dengan wakil DAP dan bersetuju jika Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk gabungan kerajaan biarpun UMNO terpaksa bekerjasama dengan DAP.

Manakala itu, Team B menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Anwar atau DAP dan cenderung memihak kepada Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan gandingannya bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Majoriti pemimpin kedua-dua Team A dan Team B ingin putuskan hubungan dengan PPBM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, manakala ‘blok pemisah’ yang diwakili segelintir pemimpin dari kedua-dua blok ingin menjarakkan diri dari PPBM sekarang.

Ini bermakna lebih 80 peratus pemimpin UMNO di peringkat parlimen, negeri dan bahagian tidak ingin parti itu dikaitkan dengan PPBM, bercanggah dengan dakwaan Hadi kononnya “majoriti pemimpin UMNO positif untuk bergabung dengan PPBM.”

Loading...

Semalam, Hadi membuat satu lagi dakwaan, kali ini berhubung isu peralihan kerajaan.

Menurut Hadi, perbalahan berhubung siapa layak menjadi Perdana Menteri tidak sepatutnya berlaku ketika negara sedang dalam Proklamasi Darurat.

““Perkara yang tak patut kita buat pada masa ini ialah berbalah berkaitan siapa nak jadi Perdana Menteri atau nak lantik siapa Perdana Menteri.

“Suasana hari ini dengan pandemik Covid-19 yang semakin mengancam nyawa rakyat, masih lagi ada yang nak berbahas berkenaan itu, kononnya cukup undi Parlimen untuk mengubah Perdana Menteri,” katanya.

Tetapi Hadi mudah lupa.

Pada 23hb Febuari 2020, Hadi terlibat bersama dalam satu perjumpaan membabitkan 11 anggota parlimen yang meninggalkan PKR dan sebilangan lagi dari PPBM, BN, PAS, GPS dan Warisan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Perjumpaan itu dibuat setelah pihak-pihak tertentu dari PAS, PPBM dan UMNO menjaja nama Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menimbulkan persepsi kononnya Mahathir-lah yang menganjurkan Langkah Sheraton bagi membincangkan penubuhan Perikatan Nasional.

Tetapi dakwaan itu palsu.

Hakikatnya, beberapa pemimpin dari UMNO, PPBM dan PAS merancang untuk meminggirkan Mahathir dan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana tahu Mahathir tidak mungkin akan bekerjasama dengan puak kleptokrat dari UMNO.

Biarpun begitu, Hadi meneruskan juga penglibatannya dengan pemimpin-pemimpin berkenaan hinggalah tertubuh sebuah kerajaan gandingan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional.

Pada ketika itu, wabak Covid-19 berada pada tahap paling minimum (22 kes) hasil ehsan kepimpinan Pakatan Harapan yang berjaya menjinakkan wabak tersebut menerusi proses pemantauan dan maklumbalas rapi.

Walaubagaimanapun, disebabkan Langkah Sheraton dan kemelut politik yang menyusul, proses pemantauan dan maklumbalas kerajaan pimpinan Pakatan Harapan terjejas sehingga muncul kluster-kluster Covid-19 baharu akibat dari perjumpaan berskala besar yang tidak terkawal.

Ini menyebabkan angka Covid-19 melonjak naik kepada 190 kes dua minggu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan terus meningkat ke 217 kes pada 3hb April 2020.

Lonjakan ini sahaja sudah mencukupi untuk Muhyiddin melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berbeza dengan sekarang apabila PKP 2.0 dilaksanakan hanya setelah angka Covid-19 mencecah 3,000 kes.

Persoalannya, mengapakah Hadi tidak menegur kepimpinan UMNO dan PPBM serta Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mempermainkan Mahathir dalam komplot bersama mereka untuk meruntuhkan kerajaan mandat rakyat?

Apakah usaha meruntuhkan kerajaan mandat rakyat dan menipu seorang pemimpin Melayu-Islam yang Hadi sendiri mengaku “sangat berjasa kepada negara” tiba-tiba halal?

Apakah negara bebas dari ancaman Covid-19 pada ketika itu? Apakah Hadi terlepas pandang amaran yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan bahawa gelombang kedua yang lebih besar boleh melanda jika penularan wabak Covid-19 tidak dipantau dengan betul?

Lupakah Hadi bagaimana beliau sendiri mengingatkan ahli PAS bahawa Darurat yang diisytiharkan di Kelantan pada 1977 bertujuan untuk merampas kuasa dipilih rakyat?

Apakah Hadi tidak sedar bahawa Muhyiddin kehilangan majoriti sebelum menasihati yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat, dan lupakah Hadi akan kata-katanya sendiri di Kelantan?

Ya, memang Hadi mudah lupa…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...