Individu muat naik gambar samakan PDRM, Hamid Bador dengan anjing, Mahathir, tuhan”

Individu terbabit memuat naik gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kapsyen ‘#petsatwork Anjing/Dogs and/bersama its Master/Tuhan.’ Sumber (gambar): TTF

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash, polis menerima dua laporan berhubung kenyataan seorang individu yang menyamakan pasukan keselamatan itu dengan anjing di laman sosial Twitter, semalam.

“Polis kini mengesan suspek untuk tindakan selanjutnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Terdahulu, seorang individu menggunakan nama Navin Pillai membalas ciapan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung isu pengganas dengan mengeluarkan kenyataan jelik berbahasa Inggeris.

Selain itu, individu terbabit turut memuat naik gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kapsyen ‘#petsatwork Anjing/Dogs and/bersama its Master/Tuhan.’


KUALA LUMPUR: Polis menerima dua laporan berhubung kenyataan seorang individu yang menyamakan pasukan keselamatan itu dengan anjing di laman sosial Twitter, semalam.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman berhubung laporan terbabit.




Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash, berkata dua laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak petang semalam.

“Polis kini mengesan suspek untuk tindakan selanjutnya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Terdahulu, seorang individu menggunakan nama Navin Pillai membalas ciapan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung isu pengganas dengan mengeluarkan kenyataan jelik berbahasa Inggeris.

“Please vote in Parliment to defund and reduce salary of PDRM (Polis Diraja Malaysia); remind them who is the boss Mahathit or 50+ PKR Mps! Misbehaving dogs need to be disciplined.”

(Tolong undi di Parlimen untuk hentikan pemberian dana dan kurangkan gaji PDRM; ingatkan mereka siapa ‘bos’ Mahathir atau lebih 50 Ahli Parlimen PKR! Anjing yang tak sopan perlu diberi pengajaran)” katanya dalam ciapan yang dimuat naik, semalam.

Selain itu, individu terbabit turut memuat naik gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kapsyen ‘#petsatwork Anjing/Dogs and/bersama its Master/Tuhan.’

Sumber:

Loading...


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...