Indonesia kerah empat kapal perang tambahan hadapi China dekat Laut Cina Selatan

Puluhan bot nelayan China memasuki perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia di Natuna bulan lalu. Ekoran itu, Kementerian Luar Indonesia memanggil duta besar China di Jakarta untuk membuat bantahan rasmi. Berita Mediacorp

إندونيسيا كراه امڤت كاڤل ڤراڠ تمبهن هادڤي چينا دكت لاوت چينا سلتن

Indonesia pada Isnin (6 Jan) mengerahkan empat kapal perang tambahan ke Kepulauan Natuna, setelah kapal-kapal China enggan meninggalkan kawasan itu.

Kapal-kapal perang itu akan menyertai empat kapal lain yang sedang membuat rondaan di kawasan Natuna, dekat Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Beijing menegaskan bahawa perairan Natuna adalah kawasan perikanan turun-temurun bagi nelayan China.

Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) juga membuat rondaan di kawasan itu, menurut Komander Rohadi.


JAKARTA: Indonesia pada Isnin (6 Jan) mengerahkan empat kapal perang tambahan ke Kepulauan Natuna, setelah kapal-kapal China enggan meninggalkan kawasan itu.

Kapal-kapal perang itu akan menyertai empat kapal lain yang sedang membuat rondaan di kawasan Natuna, dekat Laut Cina Selatan yang dipertikaikan.




“Kami sudah mempunyai empat kapal perang di sana, jadi esok akan ada lapan kapal perang di perairan.

Kami juga mempunyai beratus-ratus kakitangan di sana,” Komander Fajar Tri Rohadi, Pegawai Ehwal Awam dengan Kawalan Armada Pertama Angkatan Tentera Laut Indonesia memberitahu Mediacorp.

Puluhan bot nelayan China memasuki perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia di Natuna bulan lalu. Ekoran itu, Kementerian Luar Indonesia memanggil duta besar China di Jakarta untuk membuat bantahan rasmi.

Beijing menegaskan bahawa perairan Natuna adalah kawasan perikanan turun-temurun bagi nelayan China.

Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) juga membuat rondaan di kawasan itu, menurut Komander Rohadi.

Mereka menghampiri kapal China dengan berkomunikasi menerusi radio.

“Kami berharap mereka akan beredar. Bot-bot nelayan itu sedang memancing secara haram. Jika mereka tidak pergi, kami mahu menggesa mereka supaya memahami undang-undang Indonesia.

Loading...

“Ia adalah hak kedaulatan Indonesia,” katanya lagi.

Beliau turut berkata kapal-kapal nelayan China berada di sekitar 30 lokasi. Di setiap lokasi, terdapat sehingga dua bot.

Tiga kapal pengawal pantai China juga kelihatan di kawasan itu.

“Kami perlu bertindak dengan cara yang tepat dan bijak. Kami ingin menguatkuasakan undang-undang tanpa menegangkan keadaan.

“Undang-undang kami disahkan di peringkat antarabangsa, jadi anda harus mematuhi undang-undang antarabangsa. Orang ramai tahu perairan itu milik Indonesia,” tambah Komander Rohadi.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...