INGATAN BUAT ANWAR IBRAHIM: INI BUKAN MASA BEREBUT JAWATAN PERDANA MENTERI

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

ايڠتن بوات انور إبراهيم: اين بوكن ماس بربوت جاوتن ڤردان منتري

Sekarang adalah masa untuk semua pihak berfikir kearah bersatu hati serta berjiwa besar bagi sama-sama memikul tanggungjawab kearah membina semula negara yang sedang rosak dengan begitu teruk di bawah pentadbiran kerajaan ‘tebuk atap’ PN. 

Satu formula komprehensif dan mampan mesti dicari secara kolektif melampaui semangat berpartian secara sempit.

Di saat KDYMM Yang di-Pertuan Agong telah sudi mengampuni perkenan majlis mengadap oleh semua ketua-ketua parti politik di Istana Negara; ianya bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai ‘kenyataan sumpah berkanun’ atau mempunyai sokongan majoriti bagi menjawat jawatan perdana menteri.




Jangan jadikan forum mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong ini sebagai platform melobi hendak jadi perdana menteri.

Tetapi semua pihak harus mengambil kesempatan ini kearah mencari satu formula terbaik bagi semua pihak memikul tanggungjawab melawan pandemik covid19 dan membina semula ekonomi negara yang sedang parah.

Untuk pengetahuan Anwar Ibrahim ini bukan majlis hendak berebut jadi perdana menteri!! Atau untuk meyakinkan KDYMM Yang di-Pertuan Agong bahawa hanya beliau yang layak untuk jadi pemimpin nombor satu negara.

Tolonglah jangan terlalu obses dengan agenda untuk menjadi perdana menteri tetapi sepatutnya Anwar Ibrahim harus pentingkan nyawa rakyat serta sama-sama kearah membangunkan semula kesejahteraan masa depan negara.

Saya amat kecewa dengan sikap Anwar Ibrahim yang meletakkan agenda kepentingan diri sendiri di atas kepentingan nyawa atau masa depan rakyat jelata yang hidup dengan penuh kesengsaraan masakini.

Tak tahulah bila Anwar Ibrahim ini hendak insaf dan boleh berubah. Sepatutnya Anwar Ibrahim harus memikirkan tentang kepentingan masa depan bangsa serta negara. 

Bukan setiap masa hanya berfikir macam mana nak menjawat jawatan perdana menteri semata-mata.

Loading...

Perjuangan politik Anwar Ibrahim hanyalah untuk kepentingan diri sendiri. Ini amat menjelekkan.

Sepatutnya wadah perjuangan politik kita mestilah berteraskan kepada kepentingan bangsa, negara dan agama. 

Di saat yang mencemaskan ini pun Anwar Ibrahim masih berfikir dan bercakap mengenai bagaimana nak capai idaman rakusnya untuk jadi perdana menteri.

Sikap pentingkan diri sendiri seperti Anwar Ibrahim sukar untuk diterima oleh akal fikiran yang waras.

Jadilah seorang pemimpin yang tulen dan bertanggungjawab serta hanya bercakap mengenai kepentingan bangsa, negara mahupun agama semata-mata; bukan untuk kepentingan diri sendiri dari dulu sehingga kini!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...