Inilah perkara sebenar yang bakal kita lihat di Pilihan Raya Kecil Slim

“Pilihan Raya Kecil Slim dijangka menjadi tapak penentu penerimaan penduduk setempat secara spesifiknya dan penduduk Perak secara amnya terhadap kedua-dua Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional”

Raggie Jessy Rtiahudeen

Dakwaan sebuah portal tempatan kononnya Pilihan Raya Kecil di Slim Perak akan menjadi tapak penentu penerimaan umum terhadap parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai satu spin bagi mengalih perhatian rakyat dari ujian sebenar menerusi Pilihan Raya tersebut.

Bukan hanya Slim merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri, Pilihan Raya Kecil lazimnya menumpu kepada isu-isu setempat, lebih-lebih lagi jika isu itu cukup besar, hangat diperkatakan dan berlaku baru-baru ini.




Pilihan Raya Kecil di Chini merupakan pengecualian, di mana kawasan DUN tersebut terletak dalam konstituensi Pekan yang dipegang oleh seorang bekas Perdana Menteri dan bekas pengerusi Barisan Nasional.

Jadi sudah pastilah penurunan undi Melayu-Islam terhadap calon UMNO-PAS di Chini sebanyak 10.1 peratus mengambarkan sentimen rakyat Malaysia secara keseluruhan terhadap calon berkenaan, bukan hanya penduduk setempat.

Berbeza pula dengan Chini, Slim tidak terletak dalam mana-mana kawasan kepemimpinan utama kerajaan persekutuan ataupun mana-mana parti politik, sekaligus menjadikannya satu lagi sebab mengapa kempen-kempen Pilihan Raya di situ akan lebih bertumpu kepada isu setempat.

Bersandar kepada hujah-hujah ini, isu terbesar yang dijangka mendapat perhatian di Slim atau terpacak dalam benak fikiran penduduknya ialah tindakan Perikatan Nasional mengambil-alih kerajaan negeri Perak tanpa menerusi proses Pilihan Raya.

Pada 9hb Mac 2020, Perak muncul negeri ketiga selepas Johor dan Melaka menubuhkan kerajaan baharu bawah payung Perikatan Nasional setelah empat ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar daripada Pakatan Harapan (PH) untuk bersama 25 ADUN UMNO serta tiga ADUN PAS.

Disebabkan ini, Pilihan Raya Kecil Slim dijangka menjadi tapak penentu penerimaan penduduk setempat secara spesifiknya dan penduduk Perak secara amnya terhadap kedua-dua Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

Memandangkan PPBM makin berkecai dan UMNO-PAS tidak sehaluan dari segi penerimaan mereka terhadap Perikatan Nasional, Pilihan Raya Kecil Slim turut dijangka menjadi tapak penentu keyakinan penduduk Perak yang beragama Islam terhadap PPBM, UMNO dan PAS.

Loading...

Jika calon Barisan Nasional hanya sekadar berjaya mengekalkan kedudukkannya atau berlaku penurunan dalam undi Melayu-Islam terhadapnya, maka salah satu ataupun kedua-dua kemungkinan berikut akan secara otomatik menjadi kepastian, iaitu:

1. Penduduk Perak tidak berpuas hati dengan tindakan Perikatan Nasional menumbangkan kerajaan terdahulu tanpa menerusi mandat rakyat, dan

2. Krisis yang melanda PPBM dan kerenah UMNO yang dilihat menunggang serta bergelut dengan kedua-dua PPBM dan PAS secara terbuka berhubung kuasa, kedudukan dan agihan kerusi menyebabkan undi Melayu-Islam di Perak berpecah teruk.

Maka nyata sekali tidak benar apa yang diperkatakan kononnya Pilihan Raya Kecil di Slim Perak akan menjadi tapak penentu penerimaan umum terhadap parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jangan lupa, parti Mahathir baru dalam proses pembentukkan, sekaligus menjadikannya satu kemenangan besar biarpun calonnnya meraih hanya 10 hingga 20 peratus undi keseluruhan.

Wallahu A’lam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...