Inilah sebabnya Anwar takut berundur dari jawatan ‘ketua pembangkang’

“Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu harus sedar, Anwar tidak berani untuk meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang secara sukarela kerana takut akan ‘dihukum’ oleh pihak tertentu dari kerajaan jika Mahathir dibenarkan menerajui blok pembangkang”

Raggie Jessy Rithaudeen

اينله سببڽ انور تاكوت بروندور دري جاوتن ءكتوا ڤمبڠكڠء

Kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu semalam menggambarkan kekecewaan pucuk pimpinan DAP dan AMANAH terhadap presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan, kedua-dua pemimpin Pakatan Harapan itu berkata, PH perlu menghadapi hakikat pembangkang memerlukan anjakan politik baru, susulan kegagalan mereka menghalang belanjawan persekutuan diluluskan.




“Undian semalam jelas menunjukkan 108 Ahli Parlimen yang menentang PN adalah jumlah sama yang kekal teguh bersama PH pada Mac 2020.

“Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar Ibrahim.

“Jelas Ahli Parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” kata mereka.

Walaubagaimanapun, kenyataan ini kurang tepat.

Hakikatnya, Team A UMNO sememangnya menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri tetapi sedar segala pencaturan mereka gagal meyakinkan majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO untuk memberi sokongan padu terhadap Anwar dalam bentuk Surat Akuan Bersumpah.

Ini menyebabkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak khuatir Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilantik menjadi Perdana Menteri seandainya Belanjawan 2021 gagal diluluskan dan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang.

Justeru, mereka bertindak menyokong Belanjawan 2021 dan kini sedang merancang pembentukan gabungan kerjasama baharu bersama Anwar dan PKR selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Loading...

Manakala itu, Team B dikatakan ingin parlimen dibubarkan terlebih dahulu sebelum ahlinya bersekutu secara terbuka dengan Blok Bebas Kuasa Ketiga ke arah Pilihan Raya Umum ke-15.

Selasa lalu, saya menulis:

Menurut sumber dalaman, kumpulan ahli-ahli parlimen dari UMNO ini tidak yakin sebuah kerajaan stabil mampu terbentuk memandangkan sikap “dua kali lima” ahli-ahli parlimen lain dan lebih rela berjuang di pentas pilihan raya.

Ada juga yang dikhabarkan keliru dengan halatuju sebenar WARISAN setelah parti itu tidak memberi sokongan kepada PEJUANG 26hb November lalu apabila Belanjawan 2021 melalui undian peringkat dasar.

Yang jelas, segala ketidaktentuan politik melibatkan sokongan ahli-ahli parlimen blok kerajaan terhadap misi bersama menumbangkan kerajaan pimpinan Muhyiddin berkisar di sekitar kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang.

Ini sekaligus menjadikan Anwar liabiliti kepada barisan pembangkang dan beban yang tidak harus dipikul oleh DAP dan AMANAH.

Ramai ahli parlimen dari blok kerajaan sememangnya menyokong gandingan Mahathir bersama Tengku Razaleigh Hamzah tetapi menolak terus Anwar dan mana-mana ahli parlimen yang dilihat bersekutu dengannya.

DAP dan AMANAH harus menerima hakikat ini dan sepakat menolak Anwar secara terbuka, kerana segala bentuk ‘diplomasi’ untuk cuba memujuk Anwar secara halus untuk berundur membuang masa dan tidak mungkin berhasil.

Lebih banyak masa yang diluangkan untuk sedar akan kebenaran ini, lebih teruklah keyakinan ahli-ahli parlimen blok kerajaan terhadap kemampuan DAP dan AMANAH untuk bercatur secara objektif, rasional dan matang.

Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu harus sedar, Anwar tidak berani untuk meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang secara sukarela kerana takut akan ‘dihukum’ oleh pihak tertentu dari kerajaan jika Mahathir dibenarkan menerajui blok pembangkang.

Menurut perkhabaran, pihak berkenaan ingin Anwar terus kekal sebagai ketua pembangkang untuk memastikan blok pembangkang sentiasa bergolak, sekaligus menghindar kerjasama antara blok pembangkang dengan ahli-ahli parlimen dari blok kerajaan.

Sebab itulah Anwar sentiasa memperbodohkan DAP dan AMANAH dengan dakwaan kononnya beliau memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, walhal, beliau tahu dari awal lagi sokongan itu tidak akan menjelma sampai bila-bila.

Sebaliknya, jika Anwar ‘dipaksa’ terus untuk berundur, beliau tidak akan dipersalahkan oleh sesiapa memandangkan segala yang berlaku akan dilihat sebagai “di luar batasan kuasa Anwar.”

Apa pun, sudah tiba masanya untuk DAP dan AMANAH membuat keputusan secara objektif, rasional dan matang dan berhenti menyelubungi parti masing-masing dengan harapan-harapan palsu yang didendangkan oleh Anwar jika benar misi bersama adalah untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...