
“Mesyuarat-mesyuarat ini sebenarnya bertujuan untuk menimbulkan persepsi kononnya Muhyiddin memang ingin letak jawatan tetapi sentiasa dihalang oleh pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional. Dengan cara ini, Muhyiddin akan meneruskan kerjanya selepas mesyuarat seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, dengan harapan Yang Di-Pertuan Agong akan melihat betapa bersatunya menteri-menteri kerajaan dan memberikan Muhyiddin masa untuk mencari majoriti agar kerajaan pimpinannya dapat diselamatkan”
Raggie Jessy Rithaudeen
اينله سببڽ محي الدين اداكن مشوارت دمي مشوارت
Pada 28hb Febuari 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua ahli parlimen PKR yang membuat keputusan meninggalkan parti itu bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menurut Muhyiddin, dua ahli parlimen berkenaan ialah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.
“Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Alhamdulillah, sokongan ini tentunya akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usaha dan perancangan untuk mengurus pandemik Covid-19 serta memangkin kebangkitan semula ekonomi negara,” katanya.
Muhyiddin bukan main lagi mewar-warkan penyertaan dua bekas ahli parlimen PKR itu, siap dengan gambar yang menunjukkan beliau menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada mereka.
Kemudian, pada 5hb Mac 2021, dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak dari DAP secara rasmi menyertai Perikatan Nasional (PN).
Mereka ialah ADUN Tronoh, Paul Yong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam.
Penyertaan mereka turut diwar-warkan dengan megah, kali ini oleh Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
Tetapi sehingga kini, Muhyiddin masih belum mendedahkan nama-nama ahli-ahli parlimen yang kononnya beralih sokongan kepadanya untuk memberikan Perikatan Nasional majoriti.
Pada 4hb Ogos, setelah 13-14 ahli parlimen UMNO mengemukakan bukti penarikan sokongan mereka, Muhyiddin mendakwa masih memiliki majoriti tanpa merujuk kepada sebarang bukti sokongan.
Dakwaan Muhyiddin kemudiannya disanggah oleh UMNO, yang seterusnya bertindak menerbitkan 13 surat akuan membabitkan ahli parlimen parti itu sebagai bukti penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin Yassin.
UMNO turut menerbitkan dua warkah yang diutus oleh parti itu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan penarikan sokongan 13 ahli parlimen itu terhadap Muhyiddin.
Warkah-warkah berkenaan diutus pada 30hb Julai dan 4hb Ogos 2021 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
BACA JUGA: KEM MUHYIDDIN KOYAK RABAK
Pendedahan ini disusuli dengan perutusan surat-surat akuan membabitkan 105 ahli parlimen daripada Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Muda, Amanah dan Maszlee Malik (Bebas) yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan ahli parlimen yang mengesahkan penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin seramai 118 orang, di mana perkara ini disampaikan secara terus kepada Yang Di-Pertuan Agong menerusi Istana Negara.
Tetapi Muhyiddin tetap berdegil bahawa beliau masih memiliki majoriti.
Namun, sehingga hari ini, belum ada sebarang sidang media atau perutusan daripadanya untuk mengesahkan perkara ini sepertimana yang dilakukannya dulu-dulu apabila wakil rakyat pembangkang beralih sokongan terhadapnya.
Kenapa berbeza kali ini?
Semalam, Yang Di-Pertuan Agong memberi petunjuk kepada Muhyiddin bahawa sudah tiba masa untuk beliau menghadap dan meletakkan jawatan.
Perkara ini diajukan kepada Muhyiddin secara tersirat dan diplomatik apabila Yang Di-Pertuan Agong mengingatkan Muhyiddin berkenaan keperluan untuk membuktikan majoritinya di Parlimen dan membuat apa yang perlu selaras Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.
Saya yakin bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak akan bertitah sampai ke tahap itu melainkan Seri Paduka Baginda Tuanku sendiri sudah memiliki bukti bahawa Muhyiddin sudah hilang majoriti.
Jika benar Muhyiddin memiliki sokongan majoriti, kenapa beliau tidak menggunakan peluang bersama Yang Di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan bukti tersebut?
Nampak?
Muhyiddin sebenarnya sedar bahawa beliau tidak lagi layak menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
Beliau berpura-pura memikirkan kemungkinan untuk “meletakkan jawatan” dan menggunakan ‘kemungkinan’ ini sebagai alasan untuk mengadakan mesyuarat demi mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional.
Sumber yang mendedahkan perkara ini bersetuju, bahawa mesyuarat-mesyuarat ini bertujuan untuk menimbulkan persepsi kononnya “Muhyiddin memang ingin letak jawatan tetapi sentiasa dihalang oleh pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional.”
Dengan cara ini, Muhyiddin akan meneruskan kerjanya selepas mesyuarat-mesyuarat ini seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku, dengan harapan Yang Di-Pertuan Agong akan melihat betapa bersatunya menteri-menteri kerajaan dan memberikan Muhyiddin masa untuk mencari majoriti agar kerajaan pimpinannya dapat diselamatkan.
Mungkin ini dapat menjelaskan berita palsu yang tular kononnya DAP akan sertai kerajaan. Mungkin juga ini adalah strategi untuk meyakinkan Yang Di-Pertuan Agong bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin dapat diselamatkan.
WAJIB BACA:
