Inilah sebabnya pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bakal untungkan WARISAN

“Tujuan saya membuat artikel ini adalah untuk memperbetulkan persepsi dan menangkis propaganda palsu yang dimainkan oleh puak-puak cybertrooper tajaan, tidak lebih dari itu”

Raggie Jessy Rtiahudeen

اينله سببڽ ڤمبوبرن ديوان اوندڠن نڬري سابه باكل اونتوڠكن واريثن

Keputusan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal untuk menasihati Yang Di-Pertua Negeri agar membubarkan Dewan Undangan Negeri amat tepat, kena pada waktunya dan mendapat pujian ramai netizen dari Sabah.

Ini kerana rakyat secara amnya dan penduduk Sabah secara spesifiknya jemu dan risau dengan kerenah ahli-ahli politik yang terlalu khusyuk berpolitik daripada melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat, bangsa dan negara, tidak kira sebagai wakil rakyat ataupun ketua-ketua parti yang disokong rakyat.




Malah, ahli-ahli politik ini terlalu sibuk bergelut untuk kuasa dan kedudukan tanpa memberi cukup penekanan terhadap permasalahan rakyat, khususnya mereka yang terhimpit atau mengalami tekanan hidup susulan penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.

Saya difahamkan, keputusan Shafie mendapat sokongan majoriti pemimpin politik Sabah, termasuk beberapa pemimpin dari Parti Bersatu Sabah (PBS), bekas parti komponen Barisan Nasional.

Sepintas lalu, pada Pilihan Raya Umum ke-14, Barisan Nasional Sabah menang jumlah kerusi yang sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan rakannya daripada Pakatan Harapan, masing-masing memperoleh 29 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Manakala itu, dua kerusi lagi dimenangi Parti Solidariti Rakyat Sabah (Star).

Pada hari berikutnya, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah apabila komponen Barisan Nasional di negeri itu mendapat sokongan dari kedua-dua ADUN Star berkenaan.

Pada hari yang sama, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (Upko) tiba-tiba mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional, sekaligus menjadikan pencalonan Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanda tanya.

Bagaimanapun, Musa akhirnya dapat mengekalkan pencalonannya apabila mendapat sokongan daripada empat ADUN UPKO pada saat terakhir.

Loading...

Justeru, retorik yang hebat dipermainkan oleh puak cybertrooper kononnya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah pada tahun 2018 adalah tidak benar sama sekali dan merupakan propaganda untuk mempengaruhi rakyat Sabah.

Biarpun berlaku “fenomena lompat parti” melibatkan enam ADUN BN yang akhirnya menyebabkan Barisan Nasional Sabah pimpinan Musa Aman tumbang, perlu diingatkan, percubaan terkini Musa Aman untuk kembali menerajui Sabah adalah sebagai wakil Perikatan Nasional, bukannya wakil Barisan Nasional.

Jangan kita lupa bahawa Perikatan Nasional turut terbentuk menerusi “fenomena lompat parti,” melibatkan jauh lebih ramai wakil rakyat sehinggalah menyebabkan kerajaan yang terbentuk menerusi proses Pilihan Raya lazim tumbang.

Apa pun, tujuan saya membuat artikel ini adalah untuk memperbetulkan persepsi dan menangkis propaganda palsu yang dimainkan oleh puak-puak cybertrooper tajaan, tidak lebih dari itu.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...