Inilah sebabnya rakyat Sabah wajib hukum Barisan Nasional

“Hakikatnya, pemimpin Barisan Nasional kini ketandusan isu di Sabah sehingga terpaksa menaja beratus-ratus calon untuk cuba memecahkan undi WARISAN Plus kerana tahu rakyat Sabah sudah muak dengan politik kepentingan dan inginkan perubahan mendadak di Borneo”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, bahawa pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dihukum sekiranya gagal melaksanakan pengisian Aku Janji yang dibentangkan.

Saya ingin menambah, rakyat Sabah tidak harus membuang masa lagi dan terus menghukum Barisan Nasional di Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan 29hb September ini kerana gagal menepati janji untuk membawa Sabah keluar daripada gua kemunduran selama 55 tahun gabungan itu menguasai tanah Sabah.




Sudah berpuluh kali rakyat Sabah didendangkan dengan janji-jani sama yang hanya disuarakan ketika berlaku Pilihan Raya Kecil, Negeri dan Umum.

Malah, segala apa yang dijanjikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri bawah pentadbiran Barisan Nasional terdahulu tidak ubah langsung dari apa yang dijanjikan semenjak Sabah menandatangani Perjanjian Malaysia bersama Sarawak dan Singapura pada 16hb September 1963.

Ini termasuklah janji memperbaiki ekonomi, infrastruktur, perkhidmatan awam, kesihatan, kesejahteraan rakyat, pendidikan, sumber manusia, keselamatan serta pembangunan belia dan wanita di Sabah.

Memang tidak lari janji-janji yang ditaburkan hari ini berbanding janji-janji yang ditaburkan selama 55 tahun Barisan Nasional memerintah.

Kalau dulu Barisan Nasional bertanding hanya sebagai Barisan Nasional, kini, gabungan itu bertanding bersama-sama Perikatan Nasional dan PBS yang mengaku bersekutu tetapi bercakaran di peringkat pusat malah bertembung di 17 kerusi dan berselisih isu penamaan calon Ketua Menteri.

Kalau dulu pentadbiran pusat bertanding sebagai satu gabungan bersepadu dan bersekutu tetapi gagal memenuhi janji, masakan kepimpinannya kini mampu memenuhi janji yang sama dalam pada mereka berselisih dalam hampir kesemua isu, siap bertanding lagi bawah tiga bumbung berasingan.

Ya, sudah tiba masanya rakyat Sabah menghukum Barisan Nasional di Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

Loading...

Sudah-sudahlah dengan perjuangan palsu pihak yang mendakwa berjuang demi kepentingan rakyat tetapi asyik bercatur dan bercakaran sesama sendiri semata-mata kerana wang, kuasa dan kedudukan.

Hakikatnya, pemimpin Barisan Nasional kini ketandusan isu di Sabah sehingga terpaksa menaja beratus-ratus calon untuk cuba memecahkan undi WARISAN Plus kerana tahu rakyat Sabah sudah muak dengan politik kepentingan dan inginkan perubahan mendadak di Borneo.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...