Inilah sebabnya rakyat terseksa, marah, & muak dengan Perikatan Nasional, Barisan Nasional

“Yang meminta untuk diadakan Pilihan Raya Umum tak lain tak bukan UMNO, sekutu PAS sendiri dalam Muafakat Nasional. Lupakah Hadi akan kebenaran ini? Apakah saya bersalah kerana mengetengahkan kebenaran ini atas dasar sayangkan Tanah Air ku yang makin tenat disebabkan sikap rakus kuasa Barisan Nasional dan Perikatan Nasional?”

Raggie Jessy Rithaudeen

اينله سببڽ رعيت ترسيقسا، ماره، & مواق دڠن ڤن، بن

Kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional secara teknikalnya tidak wujud setelah dua ahli parlimen dari UMNO menarik balik sokongan mereka daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ramai lagi dikatakan akan berbuat demikian, namun kesahihan maklumat ini masih belum dapat dipastikan kerana ahli-ahli parlimen dari UMNO sememangnya tidak konsisten dan sentiasa menipu.




Biarpun begitu, retorik yang dimainkan oleh kerajaan kononnya politik yang tidak berkesudahan oleh pihak pembangkang menjadi sebab utama lanskap politik tanah air tidak stabil tidak berasas.

Ini kerana kecelaruan dalam pentadbiran persekutuan adalah disebabkan percakaran yang tidak berkesudahan sejak Langkah Sheraton lagi melibatkan pemimpin-pemimpin PAS, PPBM dan UMNO.

Malah, jika diteliti, angka Covid-19 mula-mula melonjak ketika Langkah Sheraton apabila PAS, PPBM dan UMNO bersekongkol untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi siapa yang menanggung beban?

Rakyat jelata.

Tidak lama selepas mengangkat sumpah jawatan, Muhyiddin melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama enam minggu, sekaligus membantut pertumbuhan ekonomi dan perdagangan Malaysia secara amnya.

Dalam pada PKP itu berlaku, UMNO, PAS dan PPBM terus berpolitik tak tentu hala dan bercatur untuk menumbangkan beberapa kerajaan negeri, termasuk kerajaan negeri Kedah dan Sabah.

Loading...

Walaupun persepsi yang diberikan oleh Muhyiddin ialah “rakyat sudak muak dengan politik,” apabila ditanya, ramai orang awam menyuarakan rasa muak mereka terhadap Muhyiddin sendiri dan pihak pentadbiran.

Usaha untuk meruntuhkan kerajaan-kerajaan negeri membantut segala usaha oleh pentadbiran negeri-negeri berkenaan untuk memerangi wabak Covid-19, sekaligus menyebabkan peningkatan dalam angka jangkitan.

Seharusnya, kerajaan persekutuan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk memerangi wabak Covid-19 dan mengetepikan agenda politik buat seketika.

Ini tidak, rakyat diberitahu untuk mengurangkan pergerakan dan aktiviti perniagaan tatkala pemimpin-pemimpin kerajaan sibuk mencatur dan mengadakan mesyuarat demi mesyuarat untuk tujuan politik peribadi.

Kemudian, apabila berlaku kekosongan di Chini dan Slim, pihak pentadbiran terus mengisytiharkan Pilihan Raya Kecil walaupun dinasihati oleh rakyat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan untuk tidak berbuat demikian.

Di fasa kempen, ramai pemimpin UMNO, PAS dan PPBM melanggar SOP yang ditetapkan apabila berurusan dengan penduduk setempat.

Kempen yang dilancarkan pula paling rancak dalam sejarah tanah air dengan bilangan ceramah yang tidak sepertinya sebelum ini, melibatkan beratus-ratus penduduk setempat yang tidak menjaga penjarakkan sosial.

Kesemua ini menyebabkan angka Covid-19 meningkat secara mendadak.

Biarpun begitu, UMNO dan PPBM terus membuat persiapan untuk merampas negeri Sabah dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari WARISAN untuk mempengaruhi mereka.

Kemudian, apabila Datuk Seri Shafie Apdal menasihati Timbalan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, Shafie yang dipersalahkan kerana mencetuskan Pilihan Raya dalam pada wabak Covid-19 menggila.

Persoalannya, jika benar Muhyiddin berjiwa rakyat dan ingin ‘menjaga’ keselamatan rakyat, mengapakah beliau tidak mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat di Sabah pada ketika itu?

Nampak?

Muhyiddin sebenarnya inginkan sangat sayap PPBM berkembang di Sabah dan membuat segala persiapan untuk berkempen di Sabah.

Maka bermulalah percakaran antara UMNO, PPBM dan PAS dalam isu agihan kerusi yang akhirnya menjurus kepada pertembungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di beberapa kawasan walaupun kedua-duanya mengaku terlibat bersama dalam kerajaan persekutuan.

Pemimpin-pemimpin UMNO, PAS dan PPBM pula sibuk berulang alik dari Putrajaya ke Sabah dan berkempen pada tahap yang tidak masuk akal, seolah-olah Pilihan Raya Negeri Sabah bukannya Pilihan Raya Negeri, tetapi Pilihan Raya Umum.

Berpuluh ribu warga Sabah pula terlibat dengan ceramah-ceramah yang dianjurkan menyebabkan angka jangkitan Covid-19 melonjak ke tahap membimbangkan.

Walaupun begitu, Muhyiddin dilihat tidak kisah dan terus berkempen, manakala Kementerian Kesihatan Malaysia pula membisu dan tidak berani menasihati kerajaan untuk menghentikan Pilihan Raya Negeri menerusi proklamasi Darurat.

Hanya setelah Pilihan Raya tersebut tamat dan Muhyiddin berjaya menempatkan seorang pemimpin PPBM sebagai Ketua Menteri Sabah beliau menyuarakan kebimbangannya berhubung angka Covid-19 yang meningkat.

Dalam setiap perutusan, Muhyiddin menasihati rakyat untuk mematuhi SOP yang ditetapkan, walhal, video-video ceramah ketika kempen Pilihan Raya jelas menunjukkan bukti pelanggaran SOP oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PPBM dan PAS.

Ceramah-ceramah yang dianjurkan juga dilihat mengabaikan penjarakkan sosial walaupun melibatkan beribu-ribu warga Sabah, sekaligus bermakna UMNO dan PPBM bertanggungjawab secara langsung atas bilangan kes yang menggila di Sabah.

Kejam, bukan?

Tetapi hari ini, yang terseksa adalah rakyat Sabah sendiri apabila Muhyiddin mengumumkan PKP 2.0 sambil menasihati semua penduduk Sabah untuk mematuhi SOP, seolah-olah merekalah yang leka dan tidak menurut arahan kerajaan.

Sesiapa dari kalangan rakyat jelata yang melanggar SOP terus dihukum, manakala Muhyiddin pula meminta untuk diisytiharkan Darurat setelah kerajaan pimpinannya tumbang, juga disebabkan oleh percakaran yang berterusan melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO, PPBM dan PAS.

Tetapi siapa yang dipersalahkan?

Pembangkang.

Siapa pula yang menanggung seksa?

Rakyat.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini mula besar kepala dan menuding jari ke arah pembangkang sambil mendakwa isu pertukaran Perdana Menteri menjadi punca segalanya.

Ini jelas satu pembohongan melibatkan seorang yang menggelarkan dirinya “pemimpin Melayu-Islam.”

Hakikatnya, Muhyiddin terpaksa meminta untuk diadakan Darurat bagi menyelamatkan kedudukannya apabila kerajaan pimpinan Perikatan Nasional tumbang.

Saya bersetuju dengan pendapat Mahathir bahawa tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan di bawah Darurat yang tidak boleh dilakukan oleh kerajaan menggunakan kuasa-kuasa yang sedia ada.

Alasan kononnya Darurat diperlukan bagi mengelakkan Pilihan Raya Umum tidak masuk akal, kerana Perlembagaan Persekutuan membolehkan Yang Di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri interim tanpa perlu membubarkan parlimen.

Hadi perlu sedar bahawa pihak pembangkang tidak pernah meminta untuk diadakan Pilihan Raya Umum, malah beberapa kali menolak cadangan itu atas dasar peningkatan angka Covid-19 pada tahap yang membimbangkan.

Yang meminta untuk diadakan Pilihan Raya Umum tak lain tak bukan UMNO, sekutu PAS sendiri dalam Muafakat Nasional.

Lupakah Hadi akan kebenaran ini? Apakah saya bersalah kerana mengetengahkan kebenaran ini atas dasar sayangkan Tanah Air ku yang makin tenat disebabkan sikap rakus kuasa Barisan Nasional dan Perikatan Nasional?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...