INILAH SEBABYA ZAHID, NAJIB PERTIMBANG KERJASAMA DENGAN DAP… (PENDEDAHAN PENUH)

“Dengan peningkatan undi Cina hampir 80 peratus (dengan andaian DAP akan hilang 10 peratus sokongan), Zahid dan Najib sanggup ‘mengorbankan’ 15 – 20 peratus undi Melayu-Islam dari kalangan mereka yang marah dengan UMNO kerana bersekutu dengan DAP”

Raggie Jessy Rithaudeen

Rabu lalu, saya membongkarkan bagaimana rancangan Team A (pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR secara en bloc gagal susulan pergolakan yang melanda UMNO dan DAP.

Saya menulis:




Zahid terus cuba meyakinkan kepimpinan UMNO di peringkat negeri untuk menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan PKR sebagai rakan sekutu Barisan Nasional.

Walaubagaimanapun, bukan hanya cadangan ini ditolak terus oleh ramai pemimpin bahagian dan cawangan, terdapat sekumpulan pemimpin UMNO di Perak yang kini sepakat menolak kepimpinan Zahid dan cadangannya untuk mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-9.

Saya difahamkan, mereka meluat dengan Zahid dan terkejut apabila beliau sanggup mencadangkan kerjasama dengan DAP. Dalam ertikata lain, UMNO Perak kini bergolak, dan perkara ini disembunyikan oleh Zahid dari umum dan kepimpinan pusat parti.

Manakala itu, DAP, yang sudah lama berpecah kepada kumpulan-kumpulan pro dan anti-Lim Guan Eng, turut berselisih di seluruh negara susulan cadangan Nga Kor Ming agar DAP bekerjasama dengan Barisan Nasional.

Seperti Zahid, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dikatakan menyembunyikan perkara ini dari umum, termasuk kewujudan sekumpulan ahli-ahli parlimen dari DAP yang didakwa menolak cadangan menjadikan Anwar Perdana Menteri ke-9.

Rumusannya, percubaan kem Zahid-Anwar-Najib untuk bekerjasama dengan kumpulan Nga Kor Ming sebagai langkah awal sebelum Perak dijadikan ‘model’ kerjasama antara UMNO dan DAP gagal sama sekali.

Kegagalan ini bermakna Anwar tidak lagi boleh mengharapkan sokongan padu wakil-wakil rakyat dari UMNO dan DAP untuk memperolehi Surat Akuan Bersumpah dalam bilangan yang mencukupi untuk melayakkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

Loading...

Ya, Zahid, Najib dan Anwar cuba membentuk gabungan kerjasama di peringkat persekutuan melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan agar Anwar mendapat sokongan padu kesemua ahli parlimen daripada kedua-dua gabungan itu.

Sebab itulah Team A mencantas Menteri Besar Kedah – Zahid dikatakan ingin menggunakan Perak sebagai ‘model’ kerjasama UMNO-DAP agar Team B dan DAP pusat yakin dengan kemampuan mereka bekerjasama di peringkat persekutuan.

Andai kata rancangan Zahid berjaya, Anwar akan mengumpulkan Surat Akuan Bersumpah dari semua ahli parlimen DAP, AMANAH, PKR dan UMNO sebelum undian Belanjawan 2021 pada 15 atau 17hb Disember ini.

Seandainya jumlah Surat Akuan Bersumpah yang dikumpul melebihi 115 (sedikit melebihi majoriti mudah), Pakatan Harapan akan mengusulkan undi belah bahagi bersama Team A untuk menolak Belanjawan 2021.

Tetapi rancangan itu gagal.

Ada yang bertanya mengapa Zahid dan Najib begitu terdesak untuk mencantas Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga sanggut bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Mereka berkata, adalah lebih mudah bagi Zahid dan Najib mencetus kejatuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin agar parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan secepat mungkin.

Menurut mereka, jika benar UMNO begitu yakin akan berjaya dalam Pilihan Raya, tidak ada sebabnya Zahid mengambil risiko menimbulkan keresahan di kalangan pengundi Melayu-Islam dengan menyuarakan kerelaan UMNO untuk bekerjasama dengan DAP.

Tetapi ada seperkara yang dilepas pandang oleh semua (berdasarkan pembacaan saya), iaitu:

1. Disebabkan Covid-19, Zahid dan Najib tahu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong tidak akan bersetuju untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat melainkan angka jangkitan Covid-19 turun kembali ke angka dua digit.

2. Justeru, jika Anwar tidak mendapat sokongan majoriti dan kerajaan pimpinan Muhyiddin ditumbangkan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan besar akan kembali sebagai Perdana Menteri dengan sokongan Tengku Razaleigh Hamzah, Team B (UMNO), DAP, AMANAH, WARISAN, GPS dan sebilangan ahli parlimen dari PPBM dan PKR.

3. Zahid dan Najib tahu gandingan Mahathir bersama Tengku Razaleigh akan mampu meraih majoriti selesa jika Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tidak bergabung.

4. Zahid dan Najib turut sedar bahawa prestasi UMNO makin merosot disebabkan perpecahan teruk yang melanda masyarakat Melayu-Islam dan rasa tidak puas hati di kalangan ramai penundi bandar yang inginkan Team A berundur.

5. Perosotan ini amat nyata dari keputusan pilihan raya kecil (PRK) Slim dan Chini yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional.

6. Jika dibandingkan undi yang diperolehi oleh UMNO (dengan sokongan pengundi PAS) baru-baru ini dengan jumlah undi UMNO dan PAS di kedua-dua kawasan itu pada 2018, nyata sekali Barisan Nasional tidak menunjukkan sebarang peningkatan walaupun dana yang begitu banyak ditabur bagi kempen pilihan raya.

7. Di Sabah pula, UMNO menunjukkan perosotan teruk dari segi jumlah undi dan kerusi yang diperolehi hanya dua tahun selepas Pilihan Raya Negeri 2018.

8. Ini menunjukkan pengundi Melayu-Islam makin menjarakkan diri dari UMNO. Manakala itu, Najib dan Zahid tidak mampu menunggu lama kerana kes rasuah Zahid dan kes rayuan Najib akan diputuskan tidak lama lagi.

9. Justeru, Najib dan Zahid sedar bahawa satu-satunya cara bagi menyelamatkan tengkuk mereka ialah dengan memastikan Anwar memperolehi sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

10. Dan satu-satunya cara bagi Anwar mendapat sokongan itu tanpa bantuan GPS dan WARISAN (yang jelas tidak sukakan Anwar dan DAP) ialah sekiranya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bergabung.

11. Najib dan Zahid sedar bahawa pergabungan ini bermakna UMNO akan berjaya memperolehi kembali undi Cina yang sudah pasti kekal bersama DAP sekalipun masyarakat Cina marah dengan DAP sebab bekerjasama dengan UMNO.

12. Dengan peningkatan undi Cina hampir 80 peratus (andai kata DAP hilang 10 peratus sokongan), Zahid dan Najib sanggup ‘mengorbankan’ 15 – 20 peratus undi Melayu-Islam melibatkan mereka yang marah dengan UMNO kerana bersekutu dengan DAP.

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...