“Muhyiddin merupakan punca segala permasalahan ekonomi, politik dan kesihatan yang dialami oleh negara kita pada ketika ini, satu Malaysia sudah sedar bahawa kesemua permasalahan ini tercetus sebaik selepas Langkah Sheraton apabila Muhyiddin menggangu-gugat usaha kerajaan menangani wabak Covid-19 yang pada ketika itu berada pada tahap paling terkawal”
Raggie Jessy Rithaudeen
Sudah tiba masanya rakyat diberitahu, bahawa pencetus Langkah Sheraton bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali semata-mata, tetapi gandingan mereka bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dengan persetujuan Datuk Seri Najib Tun Razak), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Bung Moktar, Muhammad Zahid Md Arip, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (dengan persetujuan Datuk Seri Abdul Hadi Awang).
Kesemua yang terlibat amat licik, khususnya Takiyuddin, yang pada ketika itu terlibat dengan satu siri perbincangan sulit bersama wakil-wakil dari PPBM, PKR (Menteri Besar Selagor), UMNO (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan PAS (Menteri Besar Terengganu) ke arah pembentukkan sebuah gabungan perpaduan yang meliputi penyatuan lebih menyeluruh.
Itulah matlamat asal Tun Dr Mahathir Mohamad, dan itulah sebabnya beliau merestui pentas Perhimpunan Maruah Melayu yang dihadiri oleh wakil-wakil dari semua parti-parti dan perkumpulan bukan politik yang bertunjangkan kepimpinan Islam.
Mahathir, yang sudah terkenal di seluruh dunia sebagai pejuang Islam yang tidak gentar dengan sebarang desakan atau tekanan dari mana-mana negara Barat dan tidak segan mengkritik mana-mana peimpin dunia yang menggadaikan maruah Agama, Bangsa dan Negara, hanya inginkan pemimpin Islam tanah air bersatu sambil menerajui kerajaan bersama-sama peimpin bukan Muslim dengan penuh harmoni dan perasaan saling hormat-menghormati.
Matlamat Mahathir adalah untuk memperkukuhkan lagi kemuliaan dan martabat Islam sebagai agama persekutuan menerusi pembentukkan sebuah kerajaan perpaduan yang bertunjangkan kepimpinan Islam tetapi turut diwakili oleh pemimpin bukan Islam yang berkaliber dalam kadar yang berpatutan dan dipersetujui semua.
Pembentukkan kerajaan sebegini menuruti sepenuhnya peruntukkan-peruntukkan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya buta parti dalam hal-hal melibatkan pelantikan Perdana Menteri dan ahli-ahli barisan Jeamaah Menteri.
Dengan cara ini, Mahathir berharap untuk beralih dari kelaziman sebelum ini, di mana ahli-ahli barisan Jeamaah Menteri hampir kesemuanya dilantik dari kalangan ahli-ahli parlimen gabungan parti yang memenangi Pilihan Raya Umum, sekaligus menjadikannya pelantikkan yang “bersandar kepada parti” yang sememangnya mengundang pencalonan menteri secara “pilih kasih” oleh Perdana Menteri untuk cuba mengukuhkan kedudukannya.
Sudah pastilah pihak-pihak yang menggubal Perlembagaan Persekutuan nampak akan perkara ini dan sedar bagaimana pencalonan “pilih kasih” ini boleh menjurus kepada ‘sogokkan’ dan “pelantikkan yang tidak bersandar kepada kredibiliti, kewibawaan serta kemampuan seseorang yang dicalonkan sebagai menteri atau timbalan menteri.”
Atas sebab itulah Perlembagaan Persekutuan digubal sebegitu rupa agar Perdana Menteri memiliki kebebasan sepenuhnya untuk mencalonkan sesiapa sahaja dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai menteri dan timbalan menteri tanpa memikirkan soal parti, agar pihak yang dilantik tidak dibebani dengan ideologi parti atau polemik yang dimainkan oleh kepimpinan parti yang mungkin bertentangan dengan misi kerajaan.
Inilah yang Mahathir mahukan.
Menerusi pembentukkan kerajaan perpaduan, kesemua menteri dan timbalan menteri, baik yang muslim mahupun yang bukan muslim, akan saling hormat menghormati antara satu sama lain dan memberikan tumpuan penuh terhadap usaha penyatuan dan penyelesaian permasalahan negara, termasuk sengketa perkauman dan keagamaan yang kian hari kian menjadi “bahan makanan” ahli-ahli politik Barisan Nasional dan PAS.
Mahathir pula akan dapat memastikan iklim “kesefahaman dan permuafakatan” tercapai dalam kamar Kabinet dengan hanya mencalonkan mereka yang benar-benar layak memegang satu-satu portfolio dan berani menidakkan kehendak parti.
Selebihnya, Mahathir boleh mencalonkan golongan teknokrat sebagai ahli Dewan Negara sebelum mengangkat mereka sebagai menteri atau timbalan menteri, sekaligus menyelesaikan masalah “ketandusan ahli-ahli Dewan Rakyat yang benar-benar berkaliber atau berani menentang prinsip parti yang menyeleweng dari misi kerajaan”
Takiyuddin sebenarnya cukup sedar dengan misi Mahathir ini, begitu juga Azmin. Tetapi mereka lebih memikirkan soal Wang, Kuasa dan Kedudukan (WKK) hingga tergamak menyalurkan segala apa maklumat yang mereka perolehi menerusi perbincangan dengan orang-orang Mahathir kepada ahli-ahli Team A yang akhirnya merangka satu rancangan sulit untuk sabotaj misi perpaduan Mahathir.
Inilah punca sebenar tercetusnya Langkah Sheraton, bukannya rancangan untuk mencantas Anwar yang pada ketika itu didakwa oleh Muhyuddin sudah hampir memiliki sokongan majoriti dan boleh menerkam Mahathir pada bila-bila masa.
Muhyiddin sebenarnya menggunakan alasan palsu itu untuk meracuni pemikiran ahli-ahli parlimen PPBM agar mereka beresa takut dan bersetuju untuk bersama-sama UMNO dan PAS semata-mata untuk “menumpaskan Anwar.”
Umum sendiri sudah melihat penipuan Anwar apabila beliau gagal mempersembahkan sebarang bukti sokongan majoriti terhadapnya kepada Yang Di-Pertuan Agong apabila beliau menghadap Baginda Tuanku pada 13hb Oktober 2020.
Hakikatnya, Anwar tidak pernah dan tidak akan menjadi ancaman kepada sesiapa sampai bila-bila, kerana beliau tidak pernah dan tidak akan memiliki sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
Tetapi Muhyiddin tidak kisah dan terus-menerus menggunakan Anwar sebagai alasan bagi setiap langkah yang dirancangnya, termasuklah langkah terbaru di mana beliau mencadangkan “Proklamasi Darurat” untuk “menyelamatkan negara dari Covid-19.”
Anehnya, bukan hanya beliau punca segala permasalahan ekonomi, politik dan kesihatan yang dialami oleh negara kita pada ketika ini, satu Malaysia sudah sedar bahawa kesemua permasalahan ini tercetus sebaik selepas Langkah Sheraton apabila Muhyiddin menggangu-gugat usaha kerajaan menangani wabak Covid-19 yang pada ketika itu berada pada tahap paling terkawal.
Malah, gelombang ketiga yang tercetus baru-baru ini turut berpunca daripada satu lagi langkah “rakus kuasa” Muhyiddin, apabila sekutunya dari Sabah, Tan Sri Musa Aman, cuba menggangu gugat kestabilan kerajaan negeri hingga memaksa Datuk Seri Shafie Apdal menasihati Yang Di-Pertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Apakah orang sebegini yang kita harapkan untuk selamatkan Malaysia? Setelah begitu banyak kerosakkan, kehancuran dan kesengsaraan yang dibawanya dalam tempoh tidak sampai lapan bulan, apakah kita hendak memberikannya lebih banyak kuasa untuk melakukan apa sahaja yang diingininya dengan mengisytiharkan Darurat?
Sememangnya Muhyiddin tidak mampu menangani masalah Covid-19 dengan berkesan walaupun memiliki Kabinet terbesar dalam sejarah tanah air, didirikan menggunakan dana rakyat dan negara dalam jumlah yang tidak sepertinya sebelum ini yang berfungsi hanya untuk mengayakan ahli-ahli parlimen agar kerajaan tidak tumbang.
Kini, apabila mendapat tahu bahawa kerajaan mungkin tumbang seandainya Belanjawan 2021 tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, Muhyiddin tiba-tiba mengusulkan Darurat walaupun sebelum ini mengaku bahawa wabak Covid-19 di negara ini dalam keadaan terkawal.
Apakah kita akan benarkan pemimpin sebegini menerajui kerajaan dalam tempoh Darurat?
Tidak cukpukah penyeksaan beliau terhadap rakyat jelata yang makin lama makin sengsara bukan disebabkan wabak Covid-19, tetapi sikap Muhyiddin sendiri dan kepimpinan Perikatan Nasional serta Barisan Nasional yang hanya berjuang untuk Wang, Kuasa dan Kedudukan, bukannya Agama, Bangsa dan Negara?
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
