Inilah yang Najib, Ahmad Maslan cuba sembunyikan

Jika Ahmad Maslan memenangi kes mahkamah, beliau sudah pasti boleh menuntut pihak pendakwaan untuk membiayai seluruh kos guamannya tanpa menanggung sebarang kerugian. Sumber (gambar): Fail TTF

“Cuba tanya Najib, jika benar Ahmad Maslan membayar kompaun disebabkan kos guaman yang tinggi, kenapa beliau tidak terfikir perkara ini ketika SPRM mula-mula menawarkan opsyen ini kepadanya pada Oktober 2019?”

Raggie Jessy Rithaudeen

اينله يڠ نجيب، احمد مسلن چوبا سمبوڽيكن

Cuba selak mana-mana laman Facebook media yang memaparkan berita pelepasan dan pembebasan Datuk Seri Ahmad Maslan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan baca komen netizen.

Cuba teliti beribu-ribu komen yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan mahkamah dan rasa curiga netizen terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri.




Kenapa boleh timbul rasa sedemikian?

Ahmad Maslan dilepas dan dibebaskan atas tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia dilepas dan dibebaskan selepas bersetuju membayar kompaun RM1.1 juta yang kononnya ditawarkan kepadanya pada Oktober 2019.

Pada ketika itu, Ahmad Maslan dikatakan menolak tawaran tersebut dan memilih untuk melawan tuduhan mahkamahnya dengan pengakuan tidak bersalah.

Ini bermakna, Ahmad Maslan yakin bahawa beliau boleh memenangi kes walaupun berdepan dengan tuduhan serius melibatkan penggubahan wang haram dan menipu pihak berkuasa.

Jadi kenapa tiba-tiba bersetuju untuk membayar kompaun sekarang andai kata benar kompaun ini pernah ditawarkan kepadanya sebelum ini?

Adakah kerana Ahmad Maslan merasakan hujah-hujah pendakwaan terlalu kuat dan mungkin menyebabkan beliau boleh dipenjara, atau adakah ianya bersangkut-paut dengan perubahan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri dari UMNO?

Loading...

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, tindakan membayar kompaun ini logik, kerana kos guaman amat tinggi jika kes berlarutan bagi jangka masa lama.

“Sebab itu sebagai seorang ahli politik, RM1.1 juta yang dibayar Ahmad Maslan untuk selesaikan kes mungkin dianggap berbaloi oleh dia sebab mampu mengelakkan kos guaman, kos masa mahkamah serta pencalaran imej bertahun-tahun lamanya untuk dilabel tuduhan “kluster mahkamah,” katanya.

Tidakkah anda melihat kecacatan dalam hujah ini?

Pertama sekali, jika Ahmad Maslan memenangi kes mahkamah, beliau sudah pasti boleh menuntut pembiayaan seluruh kos guamannya daripada pendakwaan tanpa menanggung sebarang kerugian.

Ini bermakna, Ahmad Maslan boleh sahaja melawan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya tanpa memikirkan sangat kos guaman agar tidak timbul syak bahawa pembebasan dan pelepasannya bermotifkan politik.

Jadi kenapa tidak lawan?

Kedua, bukan hanya Pilihan Raya Umum ke-15 sudah semakin dekat, UMNO kini berada dalam kedudukan paling lemah dalam sejarah disebabkan kemarahan pengundi terhadap Barisan Nasional.

Ini bermakna, kluster mahkamah tidak boleh menanggung sebarang risiko memarahkan lagi pengundi dan sudah pasti akan memaksa Ahmad Maslan melawan kes mahkamahnya jika benar beliau tidak bersalah dan boleh memenangi kesnya dengan mudah.

Nampak?

Jika kes diteruskan, pengundi tidak akan ada sebab untuk menuduh kluster mahkamah menumbangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin semata-mata untuk menaikkan seorang Perdana Menteri UMNO agar ahli-ahli kluster mahkamah dapat dilepas dan dibebas.

Mustahil seorang pemimpin yang berpengalaman seperti Najib terlepas pandang perkara ini.

Hujah-hujah yang dimuat naik ke Facebook beliau tidak sampai sejam selepas pelepasan dan pembebasan Ahmad Maslan diwar-warkan seolah-olah diancang bagi memanipulasi dan mengaburi mata rakyat.

Cuba tanya Najib, jika benar Ahmad Maslan membayar kompaun disebabkan kos guaman tinggi, kenapa beliau tidak terfikir perkara ini ketika SPRM menawarkan opsyen ini kepadanya pada Oktober 2019?

Najib mencadangkan bahawa kes mahkamah – walaupun berat seperti kes penggubahan wang haram – boleh dirunding dengan ‘kompaun’ bagi mengelakkan kerugian disebabkan kos guaman yang tinggi dan jangkamasa kes yang panjang.

Berbekalkan logik ini, semua orang boleh mula menggubah wang secara haram selepas ini dan kemudian ‘berunding’ dengan pendakwaan (jika dituduh di mahkamah) bagi “mengelakkan kerugian disebabkan kos guaman yang tinggi.”

Begitu?

Najib tidak mungkin dapat menjelaskan bagaimana Ahmad Maslan boleh dilepas dan dibebaskan begitu sahaja atas tuduhan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedangkan orang awam akan dipenjara jika didapati bersalah.

Setahu saya, kompaun RM1.1 juta yang dibayar oleh Ahmad Maslan hanya berkait dengan tuduhan menggubah wang haram dan bukannya tuduhan menipu SPRM.

Jadi cuba jelaskan, undang-undang manakah yang digunapakai bagi membebas dan melepaskan Ahmad Maslan daripada tuduhan menipu SPRM?

WAJIB BACA:

Najib pertahan pembebasan Ahmad Maslan, nama Anwar, Guan Eng dipetik



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...