Inkues Adib: Kita harap yang terbaik daripada mahkamah koroner

Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 17 Disember 2018 susulan kecederaan semasa rusuhan dekat Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya kira-kira sebulan sebelum itu. Sumber (gambar): Fail TTF

Pengamal undang-undang, Datuk Zulkifli Noordin yakin Mahkamah Koroner yang mengendalikan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan membuat keputusan yang terbaik buat semua pihak.

“Kita harapkan yang terbaik daripada Mahkamah Koroner. Daripada peruntukan undang-undang yang ada, kita harap mahkamah buat keputusan yang baik,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.

Esok, Mahkamah Koroner akan mengumumkan keputusan inkues dalam kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib.

Mahkamah Koroner telah melengkapkan inkues berhubung kematian Adib pada 24 Julai selepas memanggil 30 saksi dalam pendengaran selama 41 hari.


KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang, Datuk Zulkifli Noordin yakin Mahkamah Koroner yang mengendalikan inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan membuat keputusan yang terbaik buat semua pihak.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu pasti pihak koroner telah mendengar kes ini dengan baik dan meneliti semua keterangan telah dibawa ke hadapan mahkamah.




“Kita harapkan yang terbaik daripada Mahkamah Koroner. Daripada peruntukan undang-undang yang ada, kita harap mahkamah buat keputusan yang baik,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.

Ditanya sekiranya keputusan inkues terhadap Allahyarham Muhammad Adib tidak memihak kepada keluarganya, Zulkifli berkata, pihak keluarga boleh membuat rayuan bagi keputusan berkenaan.

“Keluarga Adib boleh membuat rayuan sekiranya keputusan tidak berpihak kepada mereka esok. Proses rayuan itu berjalan seperti biasa mohon rayuan semula.

“Kita akan tengok keputusan itu dan kemudian kita akan ambil tindakan berdasarkan kepada keputusan esok,” katanya lagi.

Dalam pada itu, satu himpunan aman anjuran NGO Gerakan Pembela Ummah akan diadakan di hadapan Mahkamah Shah Alam bagi menunjukkan solidariti terhadap keputusan inkues Allahyarham Muhammad Adib esok.

Menurut Naib Pengerusinya, Masridzi Sat, semua peserta yang hadir diminta agar tidak melakukan sebarang provokasi terhadap keputusan yang akan diumumkan.

“Kami dari gabungan ratusan NGO di bawah Gerakan Pembela Ummah akan terus istiqamah untuk membela nasib umat Islam khususnya kes Muhamad Adib.

Loading...

“Esok saya seru kita hadir secara aman di perkarangan mahkamah, dan elakkan membuat sebarang provokasi,” katanya.

Esok, Mahkamah Koroner akan mengumumkan keputusan inkues dalam kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib.

Mahkamah Koroner telah melengkapkan inkues berhubung kematian Adib pada 24 Julai selepas memanggil 30 saksi dalam pendengaran selama 41 hari.

Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 17 Disember 2018 susulan kecederaan semasa rusuhan dekat Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya kira-kira sebulan sebelum itu.

Sumber:


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...