INSIDEN PENCEMARAN BAHAN KIMIA: SULTAN IBRAHIM BERKENAN KURNIA SUMBANGAN RM1 JUTA

Mejar Jeneral Tunku Ismail

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu juga membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi dapat memperlengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang di perlukan.

“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Baginda juga amat tersentuh apabila mendengar sebuah klip rakaman di mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.




“Tuanku Sultan turut berpendapat dengan kurniaan sumbangan peribadi Baginda, ia dapat membantu pihak berkuasa serta agensi penyelamat seperti Bomba dan PDRM memperlengkapkan pasukan mereka demi membantu rakyat,” titah DYMM Permaisuri Johor kepada Royal Press Office hari ini (14 Mac).

Dalam satu kenyataan sebelum ini, DYMM Sultan Johor murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan kepada murid, pelajar sekolah serta orang awam.

Baginda Tuanku Sultan mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan itu.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...