Intipati sidang media khas mesyuarat Kabinet oleh Dr Mahathir Mohamad

Intipati sidang media

1. Gabenor Bank Negara telah menghantar surat perletakan jawatan, kerajaan telah menerimanya, tiada keputusan siapa akan mengantikan beliau, perlu bertemu dan persetujuan dari YDPA.

2. Perbincangan untuk mengurangkan kos kerajaan, ada beberapa agensi dan badan akan dibubarkan, kebanyakkannya datang dari kementerian kesihatan Malaysia.

3. Perbincangan diatas pertindahan kuasa diantara beberapa kementerian, hasil perbincangan dan perbandingan akan diputuskan nanti.

4. Insentif Raya untuk FELDA, FELCRA (RM50,RM44 Juta) sebanyak RM 450, bayaran insentif ini akan disemak semula pada 2019, dimana penerima bantuan Sara Hidup(BSH) tidak lagi layak menerimanya.

5. Perjumpaan parlimen yang pertama pada 16 Julai untuk membincangkan permansuhan akta,undang-undang seperti FAKE news, GST dan pengenalan semula SST dijangkan akan dibincangkan dalam sidang tersebut. Kerajaan akan memohon perkenan YDPA.

6. Ujian kompentensi penguasaan bahasa inggeris akan diperkenalkan kepada semua penjawat awam.

7. Bantuan Sara Hidup (BSH)  akan dibayar mengikut kelayakan sedia ada buat masa kini, kelayakan baru akan dikaji untuk bayaran masa hadapan.

8. Peruntukan untuk ahli parlimen sebanyak RM500,00(Kerajaan),RM100,000(Pembangkang)dan pusat khidmat ahli parlimen sebanyak RM200,000 disalurkan sebelum Hari Raya Adilfitri.

9. Kerajaan akan menghantar kumpulan inovasi mewakili perkhidmatan awam untuk ke India untuk mengkaji idea-idea inovativ yang diusahakan oleh kerajaan India bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

10. Kerajaan berpendapat adalah baik jika tiada kapal perang ditempatkan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

11. Pencegahan rasuah bukan hanya tanggungjawab kerajaan, rakyat juga perlu bertanggung jawab. Pemberian wang untuk mendapat sokongan rakyat adalah satu bentuk rasuah perlu dihentikan

12. Kerajaan akan mengkaji inisiatif bagi pengalakkan pergunaan mesin dan teknologi untuk meningkatkan kualti produk-produk dihasilkan oleh usahawan luar bandar, latihan pemasaran termasuk secara online akan diberi. Kerajaan akan berusaha memudahkan urusan online sale untuk menolong pengusaha-pengusaha kecil.

13. Kelonggaran pinjaman bank akan diperkenalkan, Kerajaan mendapati syarat-syarat bank yang ketat menyusahkan golongan muda membeli rumah dan akan dikaji semula, mekanisma tertentu akan diperkenalkan bagi membantu golongan muda memberi rumah pertama.

14. Pautan dagangan diantara bursa saham Singapura-Malaysia(KLSE-SGX) akan dikaji.

15. Berkenaan dengan monopoli yang diberi kerajaan dahulu akan dikaji semula, mansuhkan atau dihadkan contohnya monopoli beras.

16. Jawatankuasa siasatan tadbir urus akan diketuai oleh bekas ketua audit negara, Tan Sri Amrin Buang, dan kementerian pertahanan akan menjadi kementerian pertama yang akan disiasat.

17. Sebuah jawatankuasa kokurikulum terdiri daripada pakar-pakar bukan kerajaan akan ditubuhkan untuk mengkaji semula  kokurikulum pendidikan sedia ada dari peringkat taska-universiti, termasuk mengambil kira dari negara-negara luar dan meliputi aspek-aspek tertentu seperti kesedaran sivik dan sebagainya.

18. Lawatan kerja Tun M diiringi dengan isteri ke Jepun dari 10-12/6 bagi menghadiri persidangan antarabangsa “Future of Asia” di Tokyo.

19. Mesyuarat pengurusan bencana negara di Kuala Lumpur dari 26-28/6/2018.

20. Skim kawalan harga Aidifitri, KPDNKK akan melaksanakan skim ini dari 8-22/6/2018 bagi 22 jenis barang-barang.

21. Kaji selidik mengenai isu kekurangan makanan kanak-kanak pinggiran di Flat kos rendah, Kementerian Wanita dan Keluarga akan kaji di bandar-bandar dan Putrajaya.

22. Projek pipeline sabah SSER, kaedah pembayaran projek berdasarkan time milestone akan dikaji semula, SPRM akan ke China untuk mengadakan perbincangan susulan.

23. Siasatan MH17, jabatan peguam negara bersama JPM akan meneliti tindakan susulan yang boleh diambil keatas pelakuan jenayah tersebut.

24. Skim Peduli sihat nasional – KKM akan mengkaji peluasan keseluruh negara dengan menyediakan takaful kepada golongan skim berpendapatan rendah.

25. Fungsi Institut latihan akan dikaji semula oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia bagi mengelakkan pembaziran dan dalam masa sama memaksimumkan latihan kepada golongan muda

26. Fungsi SPAD akan diambil aleh oleh Kementerian Pengangkutan

27. Mesyuarat jawatankuasa kabinet khas untuk masyarakat India akan dikaji bagi menangani isu-isu masyarakat India

28. Elaun keraian pegawai awam bergred JUSA A dan keatas akan dipotong 10% sebagai langkah penjimatan kerajaan mulai Julai 2018.

29. Menteri di Jabatan Perdana menteri akan mengambil alih tugas Menteri agama, kajian terhadap JAKIM akan diteruskan.

30. Kabinet penuh akan diumumkan minggu hadapan, Jumlah menteri kabinet 27,28, 500 ke belum muktamad, sabarlah kejap.

31. ECRL masih dikaji, sama ada menangguhkan ataupun membatalkan secara total.

32. Kebenaran mengenai dakwaan kos perbelanjaan YDPA sebanyak suku billion sepanjang 16 bulan akan dikaji.

Rujukan: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/videos/10155653291448652/?notif_id=1528261053859527¬if_t=live_video

Comments

Comments



Loading...