Is Hannah Yeoh fit to be speaker of the Dewan Rakyat?

TTF: On the 10th of March 2018, The Third Force posted an article by Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim that concerned the (then) Speaker of Selangor, Hannah Yeoh. According to the article, Yeoh had made a serious error in judgment that ultimately burdened the people of the state. The said article is as follows (in orange):

Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya sudah pun mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Namun nampaknya Dato’ Menteri Besar Selangor tidak serius langsung untuk berbuat demikian.Tumpuan beliau lebih kepada bagaimana mahu membayar lebih RM2.7bilion kepada SPLASH; bukan untuk menyelesaikan isu air di Selangor.

Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini. Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah.

Saya juga ingin mengingatkan YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor bahawa saya pernah meminta Dewan membawa isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tetapi beliau menolaknya mentah-mentah. Mungkin ketika itu beliau merasakan ianya tidak begitu penting.

Natijahnya rakyat terpaksa menanggung seksa akibat pemimpin yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.

Yes, Hannah is the sort of speaker who rejects motions much to the detriment of the ordinary Malaysian. Yet, the DAP is singing praises of her and even wants her to lead the Dewan Rakyat. And these guys are telling you that they want to ‘save’ Malaysia?

KUALA LUMPUR – Ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh dikatakan bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, pemilihan Hannah Yeoh itu ekoran dari pengalaman beliau ketika mengendalikan Dewan Undangan Negeri Selangor serta dilihat sebagai seorang reformis yang berani membawa agenda perubahan yang boleh mengangkat kembali martabat dan peranan Parlimen Malaysia.

“DAP mencadangkan Hannah Yeoh dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat sebab beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai Speaker (Dun Selangor) yang menyokong agenda reformis.

“Selain daripada itu, Hannah juga merupakan seorang yang berani serta mempunyai idea dalam membawa pelbagai agenda-agenda besar untuk meletakkan institusi parlimen kembali dihormati,” kata sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu.

Sumber itu turut menjelaskan DAP mengharapkan agar pemilihan Hannah dapat memulihkan imej negara yang sebelum ini tercalar teruk dengan pelbagai skandal.

“Pemilihan Hannah juga bakal mengukir satu lagi sejarah baru negara sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang selama ini dimonopoli oleh kaum lelaki.

“Sebelum ini Parlimen kita sering menjadi bahan jenaka masyarakat dunia kerana gagal berfungsi seperti yang diharapkan serta sering menjadi perisai bagi menyelamatkan pemimpin negara yang korup, maka pemilihan Hannah ini dilihat sebagai satu keputusan yang tepat bagi memulihkan imej negara yang telah tercemar,” tegasnya lagi.

Sementara itu Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran ketika ditemubual sebuah portal baru-baru ini turut memberikan gambaran yang sama berhubunng perlantikan Hannah itu.

Kulasegaran yang juga merupakan ahli parlimen DAP Ipoh Barat berkata beliau telah berjumpa dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan mengenai perlantikan tersebut.

Sekiranya terpilih, Hannah bakal mencipta sejarah sebagai orang bukan Islam yang pertama dilantik menjawat jawatan tersebut.

Sidang pertama Dewan Rakyat dijadual berlangsung pada 25 Jun ini.

Sumber: Suara TV

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.

Comments

Comments