Ismail Sabri berjaya ‘tai chi’ Kluster Mahkamah, cuma Zahid tak sedar-sedar lagi

Zahid gagal mendapatkan mandat daripada perwakilan PAU agar beliau diberi kuasa penuh untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri, bagi pihak UMNO, tarikh paling sesuai untuk membubarkan parlimen. Sumber (gambar): Fail TTF

“Zahid sudah kena getah, dan bagi memastikan Ismail Sabri bersetuju untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat, Zahid perlu mengesahkan –  secara bertulis – bahawa Ismail Sabri akan menjadi calon tunggal Perdana Menteri jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-15”

Raggie Jessy Rithaudeen

اسماعيل صبري برجاي ‘تاي چي’ قلوستر محكمه، چوما زاهيد تق سدر-سدر لاڬي

 

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang baru sahaja berakhir menyaksikan dua ucapan yang mendapat sambutan gemuruh para perwakilan.




Ucapan pertama ialah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, manakala ucapan kedua adalah daripada presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ismail Sabri, beliau tidak akan menunggu walau sesaat untuk memulakan langkah membubarkan parlimen jika dipersetujui parti, namun, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dulu dengan kepemimpinan tertinggi parti.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Kalau dipersetujui, beri saya bersama dengan presiden, timbalan, naib-naib atau top five untuk bincangkan perkara ini, boleh?

“Jika kita yakin dengan kemanangan, kita takkan tunggu satu saat pun untuk bubarkan parlimen untuk PRU ke-15,” katanya.

Sedarkah anda apa yang telah berlaku?

TONTON: TUN PERLU WUJUDKAN ‘THE RAKYAT’S COUNCIL’

1. Ismail Sabri meletakkan syarat bahawa beliau wajib berbincang dengan “top five” dalam UMNO sebelum pembubaran parlimen dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, dan seterusnya, ke mesyuarat kabinet.

2. Namun, Ismail Sabri sendiri merupakan ahli “top five,” dan keputusan akhir samada menasihati Yang Di-Pertuan Agong atau tidak berhubung pembubaran parlimen terletak di tangan Ismail Sabri (selaku Perdana Menteri).

Loading...

3. Ini bermakna, Ismail Sabri merupakan ahli “top five” terpenting dalam soal pembubaran parlimen, dan disebabkan itu, beliau mesti “yakin sepenuhnya” bahawa Barisan Nasional akan menang jika parlimen dibubarkan awal.

4. Kenyataan Ismail Sabri mendapat sambutan gemuruh para perwakilan PAU, dan ini boleh diterjemahkan sebagai mandat kepada Ismail Sabri dalam soal pembubaran parlimen.

Justeru, jika Ismail Sabri “tidak 100 peratus yakin” Barisan Nasional boleh menang jika Pilihan Raya diadakan sekarang, tidak ada masalah jika beliau memutuskan (sebagai Perdana Menteri dan ahli “top five”) untuk menangguhkan pembubaran parlimen sehingga 2023.

Malah, tidak mustahil Ismail Sabri akan berjaya mendapatkan sokongan majoriti ahli-ahli MKT bagi penangguhan ini, kerana sebelum ini, Zahid sendiri mendapat tentangan ramai ahli MKT apabila mencadangkan pembubaran awal parlimen.

Inilah masalah Zahid.

Disebabkan terlalu ghairah dengan ucapan Ismail Sabri, beliau lupa mendapatkan mandat para perwakilan PAU agar beliau diberi kuasa penuh untuk mencadangkan, bagi pihak UMNO, tarikh paling sesuai untuk membubarkan parlimen.

Tanpa mandat ini, sebarang cadangan UMNO kepada Perdana Menteri wajib diputuskan terlebih dahulu di peringkat MKT, yang kebelakangan ini bukan lagi berada dalam gengaman Zahid seperti dulu-dulu.

Kesudahannya, Ismail Sabri akan berbincang dengan “top five” (termasuk dirinya sendiri) sebelum membawa resolusi terakhir ke mesyuarat MKT, di mana beliau sendiri akan membuat keputusan bersama-sama majoriti yang tidak memihak kepada Zahid, sebelum menyampaikan keputusan ini kepada dirinya sendiri untuk pertimbangan lanjut.

Nampak?

Zahid sudah kena getah, dan bagi memastikan Ismail Sabri bersetuju dengan pembubaran awal parlimen, Zahid perlu mengesahkan –  secara bertulis – bahawa Ismail Sabri akan menjadi calon tunggal Perdana Menteri jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.

Setakat ini, Zahid hanya memberi bayangan bahawa Ismail Sabri akan menjadi calon perdana menteri, dan kita sedia maklum betapa ‘ikhlasnya’ bayangan-bayangan Zahid selama ini.

Di depan UMNO, Zahid bercerita lain, namun di belakang UMNO, ceritanya sentiasa berubah.

Sebagai contoh, apabila Zahid gagal mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen UMNO terhadap pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, beliau mengutus surat secara rahsia kepada pihak Istana Negara.

Dalam surat itu, Zahid menipu pihak Istana Negara dan Yang Di-Pertuan Agong kononnya seluruh UMNO menyokong pencalonan Anwar.

Surat berkenaan disokong secara bertulis oleh Najib, dan dihantar tidak sampai 48 jam selepas Zahid berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya untuk menjanjikan sokongan padu UMNO.

Namun, apabila Zahid mendapat pengesahan beberapa ahli parlimen untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin, Zahid tiba-tiba membuat pusingan-U dan memberikan sokongan padu terhadap pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Inilah Zahid Hamidi.

Hari ini, dia boleh membantu anda dan menipu rakannya yang lain, esok, dia boleh membantu rakan yang ditipunya itu dan memperdaya anda. Semuanya bergantung kepada apa yang menguntungkan Zahid.

Cuba bayangkan, bagaimana jika Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum ke-15, dan Zahid tiba-tiba mencalonkan Mohamad Hasan atau Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri?

Inilah yang Ismail Sabri perlu fikirkan, dan saya percaya, beliau akan hanya bersetuju dengan pembubaran parlimen jika beliau diberi hitam putih oleh Zahid sebagai pengesahan kepada pencalonannya sebagai perdana menteri.

Dokumen inilah yang akan menjadi ‘talian hayat’ Ismail Sabri selepas Pilihan Raya Umum ke-15, andai kata Zahid tidak menepati janji dan cuba mencalonkan Najib atau Mohamad Hasan sebagai perdana menteri.

WAJIB BACA:

Tun must set up Gerakan Pejuang Nasional (GPN) asap to burry BN, Muhyiddin must stand down



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...