Ismail Sabri ‘diugut’ lagi: Dulu kata Konvensyen Sabah terakhir, kini Zahid buat lagi – tiga Konvensyen dalam dua bulan

“Jika benar tidak wujud kem dalam UMNO, dan jika niat Zahid dan Najib adalah untuk ‘menasihati’ Ismail Sabri (selaku naib presiden UMNO) untuk mengusulkan pembubaran parlimen, kenapakah perbincangan tidak dilakukan secara tertutup?”

Raggie Jessy Rithaudeen

اسماعيل صبري ‘داوڬوت’ لاڬي: دولو كات كونۏينشن سابه تراخير، كيني بوات لاڬي – تيڬ كونۏينشن دالم دوا بولن

Kalau dulu, kita diberitahu bahawa konvensyen BN Sabah yang berlangsung pada 2hb Julai merupakan “konvensyen terakhir” sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Namun, Barisan Nasional mengadakan satu lagi konvensyen hari ini bagi membincangkan perkara sama yang dibincangkan dalam semua perhimpunan terdahulu, bermula dengan Konvensyen BN pertama, diikuti dengan Konvensyen BN Sabah, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan PAU Khas.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Konvensyen kali ini bergelar “Konvensyen BN Selangor,” namun, yang berucap hampir kesemuanya muka-muka sama yang berucap di Konvensyen BN pertama dan Konvensyen BN Sabah, berbekalkan skrip “propaganda pilihan raya” yang seakan-akan sama.

Mesejnya sama – Datuk Seri Ismail Sabri perlu mengusulkan pembubaran parlimen secepat mungkin.

Ini merupakan Konvensyen ketiga dalam tempoh dua bulan, dan yang paling aneh, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara jurucakap utama dalam ketiga-tiga konvensyen biarpun beliau tidak memegang sebarang jawatan penting di peringkat kepimpinan pusat.

Persoalannya, berapa lagi konvensyen besar-besaran yang akan dianjurkan berbekalkan dana milik ahli-ahli UMNO, semata-mata untuk ‘mengugut’ Ismail Sabri untuk mengusulkan pembubaran parlimen?

Kenapakan kepimpinan parti perlu membazirkan dana parti dalam jumlah yang begitu besar untuk membincangkan secara terbuka satu perkara yang tidak ada kena-mengena dengan UMNO sebagai sebuah parti politik?

Jika benar tidak wujud kem dalam UMNO, dan jika niat Zahid dan Najib adalah untuk ‘menasihati’ Ismail Sabri (selaku naib presiden UMNO) untuk mengusulkan pembubaran parlimen, kenapakah perbincangan tidak dilakukan secara tertutup?

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...