Ismail Sabri kini dilihat sebagai ‘boneka Zahid Hamidi’, janji kurangkan saiz kabinet langkah terdesak

“Tindakan Ismail Sabri mengusulkan pembubaran parlimen pada musim tengkujuh atas desakan presiden UMNO menyebabkan ramai menggelarnya sebagai “boneka” Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi”

Raggie Jessy Rithaudeen

اسماعيل صبري كيني دليهت سباڬاي ءبونيك زاهيد حميديء، جنجي كورڠكن ساءيز كابينيت لڠكه تردسق

Janji Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau akan mengurangkan anggota Kabinetnya jika kembali dipilih sebagai Perdana Menteri tidak membawa sebarang makna.

Malah, janji ini boleh ditafsirkan sebagai satu lawak jenaka, memandangkan Ismail Sabri berpeluang dulu untuk mengecilkan saiz kabinet tetapi tidak berbuat demikian kerana ingin kekal berkuasa.




Kabinet yang dibentuk oleh Ismail Sabri selepas “Langkah Royal Chulan” sekadar melibatkan beberapa watak baharu dan lebih bersifat ‘rombakan’ kepada kabinet yang dibentuk oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TONTON: BN, PN, PH TAKUT DENGAN PENDEDAHAN SAYA DI LANGKAWI

TONTON JUGA: SEBAB ZAHID, ANWAR AMAT TAKUT DENGAN KEMENANGAN TUN M DI LANGKAWI

Secara efektif, pentadbiran Ismail Sabri mengekalkan dasar sogokkan kuasa dan kedudukan yang diamalkan oleh pentadbiran Muhyiddin dan mengekalkan pemberian jawatan secara berleluasa kepada ahli-ahli parlimen blok kerajaan.

Terus terang, Ismail Sabri diberi peluang untuk mengecilkan saiz kabinet apabila Pakatan Harapan bersetuju untuk memasuki MoU bersama kerajaan demi menstabilkan politik tanah air.

Namun, daripada mengecilkan saiz kabinet, Ismail Sabri bertindak melantik empat duta besar bertaraf menteri dan dua penasihat khas kepada Perdana Menteri.

Bukan hanya pelantikan ini membazir dana negara, daripada luahan netizen, duta-duta ini tidak mampu berfungsi tetapi terus dibayar gaji.

Begitu juga, pelantikan penasihat khas kepada Perdana Menteri dilihat sebagai ‘duplication’ atau ‘redundancy’, di mana fungsi mereka boleh sahaja dilaksanakan oleh menteri-menteri yang sedia ada.

Nyata sekali Ismail Sabri merupakan seorang perdana menteri lemah sehingga terpaksa berpaut kepada lantikan-lantikan sebegini untuk kekal berkuasa.

Loading...

Malah, tindakan Ismail Sabri mengusulkan pembubaran parlimen pada musim tengkujuh atas desakan presiden UMNO, menyebabkan ramai menggelarnya “boneka” Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sekiranya dilantik semula sebagai Perdana Menteri, sudah pasti Ismail Sabri akan kekal di bawah bayangan Zahid Hamidi.

Barisan Nasional tidak mungkin menang lebih dari 35 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan perlu bekerjasama dengan parti-parti politik lain sekiranya ingin terus terlibat dalam kerajaan.

Sekiranya Barisan Nasional bekerjasama dengan Pakatan Harapan, sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut jawatan Perdana Menteri.

Begitu juga, jika BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menuntut jawatan Perdana Menteri.

Sekalipun Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, sudah tentu beliau akan tertekan untuk membentuk kabinet yang besar bagi memuaskan hati ahli-ahli parlimen lain dalam blok kerajaan agar beliau boleh kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...