
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
‘اسماعيل صبري كيني ڤردان منتري، سڤاتوتڽ براني امبيل لڠكه دراستيقء – حنيفف خطري
Sertai saluran Telegram TTF di sini
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
DS ISMAIL SABRI YAAKOB,
Anda kini Perdana Menteri …
Datangnya melalui pengkhianatan terhadap yang mengkhianati …
Semasa rakyat pasrah dalam ratapan yang ditangisi …
Dalam ketewasan kelangsungan kehidupan dini hari,
Anda kini Perdana Menteri …
Menggalas tanggungjawab dan amanah negara ini …
Memikul tugas mencari jalan lalui denai berduri …
Dalam tempoh penuh dua puluh satu purnama sahaja lagi,
Anda kini Perdana Menteri …
Sewajibnya berani buat keputusan sendiri …
Haram khuatiri tekanan dalaman parti …
Tidak wajar juga risaukan tikaman rakan luaran pentingkan diri …
Anda kini Perdana Menteri …
Boleh saja Darurat Politik pilihan yang dinasihati …
Letakkan saja kuasa eksekutif kepada Badan Penasihat laksanai …
Anda tetap jadi Perdana Menteri, namun anda tidak berani,
Anda kini Perdana Menteri …
Pilihan kedua sepatutnya – tanggungjawab tadbir urus dibahagi …
Separuh melalui Majlis Penasihat untuk galasi …
Separuh lagi kepada Jemaah Menteri kecil, pun anda takut lagi,
Anda kini Perdana Menteri …
Mahu pimpin “Keluarga Malaysia” 32 juta mengharap simpati …
Anda patut zahirkan harapan realiti …
Namun kitar semula yang gagal, yang anda hulur dan beri,
Anda kini Perdana Menteri …
Sewajibnya rebut peluang cepat untuk kemaskini …
Keputusan mesti tegas dan ikhlas demi rakyat sejati …
Jangan cuma ucapan retorika tanpa inti,
Anda kini Perdana Menteri,
Usahlah sampai doa dan sumpah Rakyat makan diri …
Jangan sampai jeritan dan laungan Rakyat menjadikan nanti …
Anda BUKAN lagi Perdana Menteri !
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!
WAJIB BACA:
MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI
