Ismail Sabri sah gagal, namun MKT UMNO tidak ada hak berperlembagaan kawal keputusan Perdana Menteri

“Jika MKT UMNO memberikan satu garis panduan yang memerlukan Ismail Sabri membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada tabung KWSP, ianya tidak membawa apa-apa makna, kerana tidak ada sebarang peruntukkan perlembagaan yang mewajibkan seorang perdana menteri menurut ketetapan parti politik”

Raggie Jessy Rithaudeen

أشرف راچوني امة، مقت امنو تيدق اد حق برڤرلمباڬان كاول كڤوتوسن ڤي عيم

Saya sebenarnya amat kecewa dengan pencapaian Datuk Seri Ismail Sabri dan kerajaan pimpinannya kerana gagal mentadbir urus negara dengan baik, dan saya berasa amat simpati dengan rakyat yang terseksa sejak langkah Sheraton kerana sikap rakus kuasa dan tidak berperikemanusiaan gerombolan ahli-ahli parlimen UMNO, PPBM dan PAS.

Saya juga kecewa dengan sikap Ismail Sabri yang bermain ‘lepas tangan’ bila banjir mula-mula melanda, dan keenganan kerajaan pimpinan beliau menyalurkan dana tambahan kepada rakyat yang terkesan teruk disebabkan kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19 dan menguruskan bantuan kecemasan pasca banjir dengan bijak.




Namun, saya cukup terkilan dengan sikap Kluster Mahkamah dan beberapa pemimpin UMNO yang sehaluan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana mengambil kesempatan daripada kegagalan kerajaan untuk meracuni pemikiran ummah dengan dakyah-dakyah palsu.

Hari ini, Dr Asyraf Wajdi Dusuki selaku Ketua Pemuda UMNO dilaporkan sebagai berkata, tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 menerusi program i-Citra merupakan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ogos lalu.

Justeru, menurut Asyraf, selagi MKT tidak menarik balik ketetapan itu, selagi itu lah Ismail Sabri wajib melaksanakannya.

Dengan kata lain, Asyraf cuba meyakinkan ummah bahawa UMNO berhak mengarahkan Perdana Menteri yang berasal dari parti itu untuk membuat sebarang keputusan, asalkan keputusan itu ditetapkan oleh MKT.

Bukankah ini satu kebodohan?

Sebagai naib-presiden UMNO, Ismail Sabri sememangnya wajib menurut segala ketetapan MKT dan (atau) Perhimpunan Agung UMNO (PAU), dan keperluan ini sejajar dengan penetapan perlembagaan parti.

Namun, sebagai Perdana Menteri, segala keputusan yang diambil oleh Ismail Sabri tertakluk hanya kepada sumpah jawatan yang dilafazkannya di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, bukannya di hadapan Presiden UMNO atau MKT parti.

Loading...

Ini bermakna, Ismail Sabri bertanggungjawab hanya terhadap Yang Di-Pertuan Agong dalam melaksanakan segala keputusan barisan Jemaah Menteri di bawah pimpinannya, termasuk keputusan yang diambil oleh dirinya sendiri selaku Perdana Menteri.

Justeru, jika MKT UMNO memberikan satu garis panduan yang memerlukan Ismail Sabri membenarkan pengeluaran RM10,000 daripada tabung KWSP, ianya tidak membawa apa-apa makna, kerana tidak ada sebarang peruntukkan perlembagaan yang mewajibkan seorang perdana menteri menurut ketetapan parti politik.

Apakah Asyraf tidak faham perkara semudah ini?

WAJIB BACA:

‘Ismail Sabri mengaku dah tu’

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...