
اسماعيل صبري سهكن ءاوڬوتنء 14 هاري اونتوق ڤرليمين سيدڠ اوليه زاهيد بوكن كڤوتوسن امنو
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Persoalan mengenai tindakan yang diambil UMNO sekiranya Perikatan Nasional (PN) masih tidak membuka sidang Parlimen selepas tempoh 14 hari belum dibincang dan dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, tempoh dua minggu yang diberikan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam adalah pandangan daripada Biro Politik parti.
“Kalau tak adakan sidang Parlimen apa akan jadi selepas 14 hari, tindakan tidak dibincangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sama ada tindakan yang akan diambil parti selepas tempoh 14 hari berkait dengan keputusan UMNO keluar daripada PN.
Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, UMNO memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memulakan langkah membuka Parlimen seperti yang diisyaratkan oleh Raja-Raja Melayu.
KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai tindakan yang diambil UMNO sekiranya Perikatan Nasional (PN) masih tidak membuka sidang Parlimen selepas tempoh 14 hari belum dibincang dan dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, tempoh dua minggu yang diberikan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam adalah pandangan daripada Biro Politik parti.
“Tak ada, UMNO tak bincang (soal tindakan selepas tempoh tersebut). Ini adalah cadangan dari Biro Politik dan dari segi segi dasar serta membuat keputusan ialah MT UMNO.
BACA: JANGAN TERTIPU, ‘UGUTAN’ ZAHID TERHADAP MUHYIDDIN PALSU (PENDEDAHAN PENUH)
“Tapi soalnya, kalau tidak mengadakan sidang (dalam tempoh itu), apa akan jadi? Apa tindakan? Ia tidak dibincang,” katanya kepada pemberita selepas melawat pesara tentera Suria Mohamad, 59 bersama keluarnya yang tular tinggal di bawah jambatan Loke Yew, sejak November 2019 beberapa hari lalu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sama ada tindakan yang akan diambil parti selepas tempoh 14 hari berkait dengan keputusan UMNO keluar daripada PN.
Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, UMNO memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memulakan langkah membuka Parlimen seperti yang diisyaratkan oleh Raja-Raja Melayu.
Menurutnya, kegagalan kerajaan berbuat demikian akan mendorong parti mengadakan mesyuarat khas MT bagi mencari tindakan sewajarnya.
Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) Mac lalu memberikan mandat kepada Presiden parti dan MT untuk menentukan tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada PN.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bera itu sekali lagi menjelaskan sebarang tindakan lanjut belum diputuskan.
“Kalau tak adakan sidang Parlimen apa akan jadi selepas 14 hari, tindakan tidak dibincangkan,” katanya.
Sumber:
WAJIB BACA:
Muhyiddin terus-menerus menghina maruah Raja-Raja Melayu tanpa segan silu
