Khairuddin Abu Hassan
اسماعيل صبري تق ڤرلو توندوق ڤد زاهيد، دجمڤوت برجواڠ برسام ڬرقن تانه اير
Sekiranya Penyangak Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang teramat korup pecat Dato’ Sri Ismail Sabri serta rakan-rakan UMNO yang lain; kalangan ini dijemput berjuang di bawah platform Gerakan Tanah Air yang mahu menyatu-padukan keseluruhan orang-orang Melayu.
Gerakan Tanah Air yang dipengerusikan oleh Tokoh Negarawan terulung Tun Dr Mahathir Mohamad di samping tokoh-tokoh pemimpin Melayu yang amat berprinsip sedang menggabungkan tenaga ‘Melayu baik’ ke arah memertabatkan semula maruah Melayu seterusnya membina negara ‘Malaysia Baharu.’
Gerakan Tanah Air yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin berprinsip parti PEJUANG TANAHAIR, PUTRA, BERJASA dan IMAN akan mengangkat semula mertabat bangsa Melayu ke era yang lebih cemerlang serta gemilang.
Penglibatan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dalam Gerakan Tanah Air akan menjadi ‘catalyst’ pemangkin untuk mencapai matlamat secara pantas, menyeluruh dan berterusan.
Landasan perjuangan untuk memperkasakan bangsa Melayu, negara dan agama amat selari dengan semua pemimpin-pemimpin mahupun ahli-ahli UMNO yang baik.
Wadah perjuangan Gerakan Tanah Air akan tetap menghormati hak-hak bangsa asing sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara dan ingin mengujudkan penghidupan secara rukun aman damai di antara kaum-kaum di tanahair kita juga amat sinonim dengan semua pemimpin-pemimpin UMNO yang baik.
Situasi ini amat mudah bagi membolehkan mana-mana tokoh-tokoh pemimpin UMNO yang baik serta dari kluster menteri bagi menyertai Gerakan Tanah Air kerana mempunyai persamaan dalam prinsip perjuangan yang luhur.
Agenda melawan rasuah serta segala bentuk salah-laku oleh Gerakan Tanah Air harus disokong oleh semua parti-parti politik Melayu dan orang-orang Melayu.
YAB Perdana Menteri tidak harus tunduk kepada ugutan Penyangak Zahid Hamidi yang berimej terlalu jijik serta perosak UMNO pada hakikatnya.
YAB Dato’ Sri Ismail sabri serta rakan-rakan lain harus membuat pertimbangan serius menyertai perjuangan Gerakan Tanah Air yang kekal berprinsip dulu, kini dan selamanya.
Nawaitu Tun Dr Mahathir Mohamad serta keseluruhan pemimpin-pemimpin Gerakan Tanah Air hanyalah untuk menjaminkan survival orang-orang Melayu hingga ke akhir zaman dan negara terus maju bagi memakmurkan penghidupan keseluruhan rakyat tanpa kira kaum mahupun agama.
Penyatuan Melayu secara mampan dan mantap akan menrealisasikan impian ini menjadi realiti.
