Ismail Sabri tampilkan langkah cerdik untuk lumpuhkan ‘cetusan golakan politik’

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

اسماعيل صبري تمڤيلكن لڠكه چرديق اونتوق لومڤوهكن ءچتوسن ڬولكن ڤوليتيكء

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1.Pada realitinya pencalonan Perdana Menteri tidak dengan sendirinya akan mencetuskan pergolakan politik drastik, kerana ianya adalah untuk membantu KeBawah Duli YDP AGONG dalam melaksanakan tanggungjawab di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :




“Jemaah Menteri

  1. (2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut,

iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu, … ”

2. Walhal dengan sejumlah 114 Ahli Dewan Rakyat yang menyokong pencalonan DS ISMAIL SABRI YAAKOB melalui Surat Akuan pada 18.08.2021 dan temujanji lanjut secara fizikal dan perbualan telefon pada 19.08.2021, maka seperti diperkenankan oleh KeBawah Duli YDP AGONG pada 20.08.2021, maka DS ISMAIL SABRI YAAKOB telah selesai melalaui Istiadat Angkat Sumpah dan disahkan lantikan secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9, pada 21.08.2021.

3. Pada hakikatnya, mana-mana soal kejujuran dan keikhlasan sokongan kesemua 114 Ahli Dewan Rakyat itu, cuma akan terzahir dan terserlah apabila DS ISMAIL SABRI YAAKOB melaksankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dalam pembentukan Kerajaan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :

“Jemaah Menteri

  1. (2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) x x x, dan

Loading...

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;”

4. Sejak daripada 21.08.2021, dan ada juga sebelum daripada itu, banyak telah dilaporkan pelbagai permintaan daripada parti-parti gabungan yang melengkapkan sejumlah 114 sokongan itu untuk pelbagai bentuk jawatan dan syarat, antara lain :

5. PPBM (BERSATU) meminta secara terbuka bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri hendaklah diberikan kepada Parti mereka, walaupun terdapat 4 nama berasingan yang diwar-warkan, dan

(Link laporan : https://www.astroawani.com/…/calon-tpm-dari-kem-bersatu…,https://www.sinarharian.com.my/…/Surat-tular-Bersatu…,https://www.mstar.com.my/…/calon-tpm-dikurangkan-kepada…& http://www.pnbbcportal.com/…/serah-kepada-muhyiddin…/…), dan

6. GPS pun ada suarakan hasrat untk meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet DS ISMAIL SABRI YAAKOB.

(Link Laporan : https://www.astroawani.com/…/calon-gps-sesuai-pegang…)

7. Disebakan fikiran sempit seperti ini di kalangan ramai para politik yang menyebabkan kegusaran rakyat bahawa kemelut politik masih tidak akan reda seperti yang sepatutnya dilakukan menurut TITAH Ke Bawah Duli YDPA AGONG yang berulang kali, supaya segenap perhatian tadbir urus negara sepatutnya ditumpukan dan difokuskan kepada masalah sosio ekonomi nagara akibat pandemik COVID-19 kini.

8. Namun, langkah TEPAT dan BAIK yang diambil oleh DS ISMAIL SABRI YAAKOB pada hari semalam, Rabu, 25.08.2021 akan menjadi “BAHAN PENEBAT” kepada mana-mana “CETUSAN API” politik lanjut, apabila Perdana Menteri telah berbesar hati untuk berjumpa dengan pemimpin pihak pembangkang dan mengumumkan seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 25.08.2021 bertajuk “Mesyuarat bersama PH bagi tangani isu Covid-19, ekonomi – PM” iaitu:

“Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub dalam satu kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan memberi jaminan akan mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis penularan wabak Covid-19 dan ekonomi negara.

“Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan,” kata mereka.

Selain agenda kepentingan rakyat, pertemuan itu juga mencari persetujuan bersama bagi memperkasa fungsi Parlimen Malaysia.

Mereka bersetuju bahawa Parlimen sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif dijadikan supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Kami juga bersetuju memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks ‘keluarga Malaysia’,” kata mereka.

Selain Ismail Sabri, kenyaaan bersama itu ditandatangai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Saya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi merealisasikan titah hasrat Baginda Tuanku,” kata Ismail Sabri.

Seri Paduka sebelum ini turut menzahirkan pandangan supaya ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati serta berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah supaya mereka memberi fokus kepada isu-isu semasa dan menjernihkan kembali kekusutan yang telah berlaku dengan kadar yang segera.”

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/588632)

9. Kemudiannya cuma baru pada pagi tadi, Khamis 26.08.2021 DS ISMAIL SABRI YAAKOB telah menghadap KeBawah Duli YDP AGONG bagi tujuan perolehan perkenan Baginda Tuanku menurut Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan berhubung senarai Ahli Jemaah Menteri seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 26.08.2021 bertajuk “PM selesai menghadap Agong, sidang media umum kabinet dijangka petang ini” yang melaporkan:

“Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, di Kuantan pada kira-kira jam petang tadi.

Menurut portal Berita Harian Online, sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung lebih dua jam dan bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri.”

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/588749)

10. Dengan PERSETUJUAN AM yang telah diperolehi oleh DS ISMAIL SABRI YAAKOB dengan pemimpin pihak pembangkang bahwa pihak pembangkang tidak akan mengganggu kepimpinan DS ISMAIL SABRI YAAKOB sebagai Perdana Menteri selagi fokus dan polisi utama Kerajaan dipusatkan kepada masalah utama sosio ekonomi Rakyat, maka jikapun ada di kalangan mana-mana 114 Ahli Dewan Rakyat yang pada asalnya menyokong pencalonan DS ISMAIL SABRI YAAKOB sebagai Perdana Menteri, ingin menarik balik sokongan masing-masing di atas ketidakpuasan hati senarai lantikan Timabalan Perdana Menteri, jika ada, dan Jemaah Menteri lanjut, ianya besar kemungkinan tidak akan menjayakan mana-mana Usul Undi Tidak Percaya, kerana pihak pembangkang tidak berhasrat menjadi “ALAT MAINAN” politikus yang GILA KUASA dan PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

11. DS ISMAIL SABRI YAAKOB telah menampilkan langkah cerdik awalan dalam percubaan untuk “LUMPUHKAN CETUSAN GOLAKAN POLITIK” lanjut, sejurus senarai Jemaah Menteri dimumkan olehnya sebagai Perdana Menteri Ke-9, kelak !!

Sememangnya Rakyat sudah JEMU dan BOSAN dengan “MAINAN GILA KUASA POLITIK” ini !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

WAJIB BACA:

Hanya satu sebab Muhyiddin sokong Ismail Sabri, itu pun dijangka tidak bertahan lama



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...